Thursday 6 September 2012

SABAHKINI MUSIC MENCARI ARTIS BERBAKAT




SABAHKINI.NET melalui anak syarikatnya, Sabahkini Music sedang mencari penyanyi, pelawak, pelukis dan pelakon berbakat untuk menghasilkan ringtone, videoklip, sketsa, wallpaper dan karikatur untuk dipasarkan melalui Sabahkini.net.

Untuk makluman, Sabahkini.net telah menandatangani memorandum persefahaman dengan MTouche, syarikat ternama multimedia Malaysia untuk memasarkan semua karya rakyat Sabah melalui 'download' terus daripada Sabahkini.net.

Artis berminat bolehlah menghantar biodata, contoh lagu atau karya mereka melalui email sabahkini.music@gmail.com untuk penilaian dan temujanji.

Mengikut prosedur, Sabahkini Music akan membuat bayaran setiap bulan berdasarkan royalti dan bukannya berdasarkan lagu atau karya secara lumpsum.

Dewasa ini ramai penggubah lagu Sabah telah membazirkan bakat mereka melalui Youtube yang tidak memberikan sebarang ganjaran; sebaliknya boleh mendapatkan royalti untuk semua karya mereka yang tidak mendapat tempat di persada muzik tanah air.

No comments:

Post a Comment