Tuesday 18 September 2012

SAYA KELUAR UMNO KERANA RASUAH!




AMALAN rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.

“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,” katanya tokoh korporat itu.

Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah baru-baru ini.

Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan.

“Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan.

“BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju,” katanya.

Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpilan lain.

Tindakan Ibrahim itu sekaligus mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin serta Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap. (Keadilan Daily)

25 comments:

  1. sekarang baru sedar tentang rasuah?kenapa bukan dari dulu lagi keluar??

    ReplyDelete
  2. Tidak pastilah apa yang dikatakan ini. Adakah kerana rasuah atau juga kerana tawaran daripada PR kepada diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alasan saja tu, sebenarnya dpt tawaran lumayan.

      Delete
  3. Seperti juga Kes Lajim yang mana ditawakan jawatan tertinggi di Sabah sebagai KM oleh PR jika PR menang pada PRU13.

    ReplyDelete
  4. mengaku saja bah diri sudah tidak relevan dalam UMNO...jadi terpaksa mencari kapal baru...

    ReplyDelete
  5. tidak payahlah memburukkan UMNO...PKR tu pun bukannya bagus sangat...

    ReplyDelete
  6. rasuah telah lama wujud dalam arena politik, mengapa baru sekarang tersedar?

    ReplyDelete
  7. adakah ini hanya ingin memperkecilkan mentaliti rakyat?

    ReplyDelete
  8. berharap BN masih disayangi oleh rakyat

    ReplyDelete
  9. rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan janji manis ahli politik yang hanya tahu menjaga kepentingan diri sendiri

    ReplyDelete
  10. dah keluar, baru nak burukkan parti lama.

    ReplyDelete
  11. kau keluar pn, tak jg menggugat BN.

    ReplyDelete
  12. Pairin berkata lompat parti adalah perkara biasa dalam politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pairin berkata lagi mana-mana pemimpin dan ahli parti mempunyai hak untuk menukar keahlian dalam sebuah negara demokrasi.

      Delete
  13. Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata kedudukan BN di Sabah tidak terjejas oleh pembelotan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin kepada PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shafie berkata lagi BN akan terus berjuang walaupun ada banyak pergolakan yang berlaku. Pergolakan yang berlaku tidak akan menjejaskan kedudukan BN di Sabah.

      Delete
    2. Shafie tidak melihat Ibrahim sebagai ancaman kepada BN jika dia pertanding untuk kerusi parlimen di Labuan dalam pilihan raya umum akan datang.

      Delete
  14. Tan Sri Ibrahim tak pernah ambil rasuah? Syukur la nak..

    ReplyDelete
  15. keluar umno kerana rasuah?? sejak bila rasuah ini berlaku?? kenapa hanya sedar bila dekat2 pilihanraya??

    ReplyDelete
  16. Tan Sri Ibrahim Menudin mengaku bahawa beliau antara orang yang membawa umno masuk.. so kali ini dia bawa pula Pakatan Rakyat Masuk.. bukankah ini contoh pemimpin yang tidak bertanggungjawab??

    ReplyDelete
  17. "Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN."

    jadi yang dia memperbodohkan rakyat sabah dengan membawa masuk pakatan boleh pula??

    ReplyDelete
  18. jika beliau keluar kerana rasuah, kenapa pula dia masuk Pakatan yang juga banyak kali terlibat dengan rasuah?? boleh Ibrahim sangkal skandal pasir di selangor?? dan rasuah pemimpin2 pakatan di negeri2 jajahan mereka?

    ReplyDelete
  19. kesimpulannya, Ibrahim keluar umno sebab beliau tidak dicalonkan dan tidak mendapat jawatan yang diinginkan beliau.. sebaliknya beliau menyokong pakatan kerana Anwar menjanjikan jawatan2 lebih tinggi kepada beliau.. sebab itu dia buat keputusan bila dekat2 pilihanraya..

    ReplyDelete