Tuesday 11 September 2012

SELESAIKAN PROJEK IC ‘SABAH’ SEBELUM PRU





SELAR....Mat Sabu menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan.

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bersedia untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 ekoran masih belum menyelesaikan beberapa masalah di Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan pendatang asing.

Mat Sabu juga mempersoalkan kredibiliti SPR kerana seolah-olah tergesa mahu mengadakan pilihanraya, walaupun Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.

“Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan,” kata Mat Sabu yang dipetik dalam Harakah.

Kerusi parlimen di Sabah menjadi deposit tetap buat kerajaan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, malahan pada PRU 2008, BN berjaya meraih 24 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan.

Situasi sama juga berlaku di Sarawak apabila BN memperoleh 30 kerusi daripada 31 yang dipertandingkan.

Pemimpin Pas tersebut juga menyelar SPR dalam isu  penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan, walaupun aduan demi aduan dilakukan kepada pihak SPR.

Walaupun laporan telah dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya, ia masih mencukupi untuk menjamin SPR akan menjalankan pilihanraya yang bersih dan telus.

“Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan.

“Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat, terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan,” katanya lagi.

Malahan, pihak gabungan pilihanraya adil dan bersih (Bersih 2.0) telah bertindak mengkritik jawatankuasa tersebut kerana menyerlahkan lagi penipuan yang berlaku sebaik laporan PSC dikeluarkan.

Antara kes yang mendapat perhatian Bersih ialah mengenai sijil kematian yang banyak dikeluarkan di tempat-tempat seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang (walhal tiada kematian yang dilaporkan), pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor (suku tahun pertama 2012), terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah serta isu pendaftaran pengundi dibawah Kod 71 (warganegara dilahirkan di luar negara).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Sabtu lalu, menyatakan pihaknya bersiap-sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen yang diramal oleh pemerhati pada November ini.

43 comments:

  1. Kerajaan tahu apa yang patut dilakukan mengenai projek IC ini.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Pembangkang segaja cuba membangkitkan isu sedemikian untuk kepentingan mereka sendiri. Itulah sebenarnya strategi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang sengaja mensensasikan isu RCI dan IC projek walaupun PM Datuk Najib telah umumkan pelaksanaan RCI.

      Delete
    2. pembangkang sudah kehabisan modal politik untuk pilihanraya 13...

      Delete
    3. Apa pula PAS sudah sumbangkan untuk selesaikan isu PATI di Sabah??

      Delete
    4. dkat2 PRU pembangkagn pn nak sibuk pasal projek ic Sabah.

      Delete
    5. The oppositions love to stir up the harmony in the state.

      Delete
  3. RCI telah diumumkan akan dilaksanakan dan TOR pun telah selesai dibincangkan. Maka tidak mustahil RCI ini akan ditubuhkan secepat yang mungkin pada akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan pasti akan menyelesaikan masalah PATI di Sabah

      Delete
    2. Hope to see the illegal immigrant's issue being resolved in Sabah. It has been a long standing problem for the Sabahans and its time to see the end of it.

      Delete
    3. laksanakan sebelum PRU dijalankan atau rakyat Sabah ragu2 dengan keikhlasan kerajaan.

      Delete
    4. pasti tak lama lagi ia ditubuhkan.

      Delete
    5. As I said, the government is keen to set up RCI in Sabah.

      Delete
  4. The appointment of members of the panel had been announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak last month and I expect their appointment letters will be issued soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pairin, who was asked to comment on doubts raised by certain quarters about the Government’s sincerity in setting up the Commission, said the appointment letters must first be handed over to the Yang di Pertuan Agong for his consent before they are given to the individuals concerned.

      Delete
    2. Pairin was made to understand that our Agong had been out of the country but he is back now and it should be anytime now.

      Delete
    3. Pairin stressed that The Commission is a very important thing which cannot be delayed and the Government realizes that, therefore it will be set up.

      Delete
    4. Last month, Najib announced that Tan Sri Datuk Amar Steve Shim Lip Liong, the former High Court Judge of Sabah and Sarawak had been appointed as the Chairman of the Royal Commission of Inquiry.

      Delete
    5. Najib also disclosed that former UMS Vice Chancellor Datuk Kamaruzaman Ampon, former Sabah State Attorney General Tan Sri Herman Luping, Malaysia Crime Prevention Foundation Deputy Chairman, former Kuala Lumpur Police chief Datuk Henry Chin Poy Wu and former State Secretary Datuk K Y Mustafa had been appointed Commissioners of the RCI.

      Delete
    6. The Chief Secretary to the Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Ministry, Datuk Saripuddin Kassim was appointed as the RCI Secretary.

      Delete
    7. The RCI panel has been set up, I believe they are ready to start the inquiry any time on the PM's command, let's hope Datuk Najib will give his approval for them to begin soon.

      Delete
    8. Project IC in Sabah should be solved asap.

      Delete
  5. SPR harus kembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Election Commission needs to fulfill the 8 demands from Bersih as well as the suggestion from PSC.

      Delete
    2. The EC should make a guideline on how to curb the problem of malice voters.

      Delete
  6. Senarai nama pengundi kali ini harus bebas daripada pengundi hantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We need to ensure the voter list is clean from illegal voters for a clean and fair election.

      Delete
    2. SPR harus memastikan senarai yang bersih.

      Delete
  7. mat sabu ni sokong komunis...

    ReplyDelete
  8. Hopefully that the Prime Minister will start the inquiry by the RCI panel on the Project IC issue so that it can be completed within 6 months before the 13th Election is due.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI should take place before the election.

      Delete
  9. "Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bersedia untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 ekoran masih belum menyelesaikan beberapa masalah di Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan pendatang asing."

    macam mana pula pilihanraya sebelum ini boleh berjalan seperti biasa tanpa RCI?? boleh Mat Sabu jelaskan?

    ReplyDelete
  10. "Mat Sabu juga mempersoalkan kredibiliti SPR kerana seolah-olah tergesa mahu mengadakan pilihanraya, walaupun Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah"

    bukan pemimpin2 pembangkang asyik mendesak supaya kerajaan tidak menangguh pilihanraya?? macam mana pula Mat Sabu boleh cakap tergesa??

    ReplyDelete
  11. "Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan,"

    pilihanraya tidak bersih hanya teori pembangkang.. kalaupun RCI dilaksanakan dan kerajaan BN masih kekal memerintah, adakah mereka atau Mat Sabu sendiri akan mengakui bahawa SPR telus, adil dan jujur??

    ReplyDelete
  12. entah apa motif Mat Sabu masuk campur hal2 Sabah sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah ambil tahu apa2 masalah di negeri ini.. nampak sangat bahawa beliau hanya berpolitik, bukannya membantu rakyat Sabah..

    ReplyDelete
  13. eloklah Mat Sabu mengimbas kembali penipuannya konon telah dilanggar oleh land rover polis sebelum menuduh pihak lain membuat penipuan..

    ReplyDelete
  14. "Kerusi parlimen di Sabah menjadi deposit tetap buat kerajaan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, malahan pada PRU 2008, BN berjaya meraih 24 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan."

    ini menandakan BN diterima baik di negeri ini.. kekalahan pembangkang Sabah adalah disebabkan kelemahan pembangkang di negeri ini..

    ReplyDelete
  15. "Situasi sama juga berlaku di Sarawak apabila BN memperoleh 30 kerusi daripada 31 yang dipertandingkan."

    Di Sarawak tidak ada PATI dan Projek IC, namun pembangkang tetap tidak mampu merampas kerajaan negeri itu.. malah PAS dihadiahkan "telur" oleh penduduk sarawak ketika PRN lepas..

    ReplyDelete
  16. "Pemimpin Pas tersebut juga menyelar SPR dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan, walaupun aduan demi aduan dilakukan kepada pihak SPR."

    Jawatankuasa khas pilihanraya telah mengemukakan 22 syor.. selain itu kerajaan dan spr juga bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada PRU kali ini.. apa lagi yang Mat Sabu tidak puas hati?

    ReplyDelete
  17. Isu PATI isu semua golongan, harus bertindak bijak agar golongan yang tidak diizinkan ini akan kembali ke negara asalnya.

    ReplyDelete
  18. Siapa boleh jawab kenapa kemasukan PATI berganda-ganda jumlahnya? Jika tiada motif, apakah sebabnya?

    ReplyDelete