Saturday 22 September 2012

SHILA HAMZAH JUARA ASIAN WAVE





Oleh : NOMY NOZWIR




KUALA LUMPUR : Penyanyi sensasi, Shila Hamzah telah memenangi pertandingan menyanyi seluruh Asia, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China, semalam.

Penyanyi yang merupakan anak kepada seorang penyanyi veteran, ND Lala telah berjaya memukau penonton-penonton serta juri, Eric Moo, seorang penyanyi dan komposer terkenal di China, tetapi berasal dari Kampar, Perak.

Pada pusingan pertama, Shila Amzah menyanyikan lagu “Set Fire to the Rain” dan pada pusingan kedua, lagu dari penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu “ Forever Love” dinyanyikan.

“Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric memberitahu bahawa sememangnya Shila layak memegang gelaran Superstar.

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak sudah pun menjadi Superstar,” tegas Eric lagi.

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke final yang akan berlangsung pada 20 September ini. Pusingan awal telah pun berlangsung daripada 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu.


No comments:

Post a Comment