Monday 17 September 2012

SIAPA MASIH RELEVAN, PBS ATAU USNO?





Oleh : LOPUNG

SEJARAH bermula apabila Datuk Harris Salleh pada ketika itu dikatakan membuat tindakan yang telah melukakan hati seluruh rakyat KDM di Sabah iaitu menghapuskan Perayaan Hari Ester yang dirayakan oleh penganut Kristian di Sabah.

Manakala Pesta Kaamatan yang dirayakan oleh suku kaum Kadazandusun ketika itu akan ditukar kepada Pesta Rakyat.

Tiada langsung pintu demokrasi terbuka untuk perundingan dan pertukaran pendapat; malah begitu mudah menukar status bumiputera kepada pribumi serta penyerahan Pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan yang kini digelar Wilayah Persekutuan Labuan.

Pairin amat tidak bersetuju dengan perubahan ini sehingga dia dipecat daripada Kabinet Harris. Semenjak dari hari itu, Pairin telah banyak membuat perubahan yang ketara dari segi pembangunan dan kebajikan kepada rakyat Sabah. Pembinaan jalanraya, kemudahan yang lain.

Sejak Berjaya dikalahkan oleh PBS yang baru menjangkau 40 hari penubuhannya, telah terbukalah pintu demokrasi di negeri Sabah. Selama ini, sesiapa yang ingin bertanding akan dihukum, namun kekuatan semangat dan keberanian untuk berubah yang ditunjukkan oleh Pairin ketika itu telah merubah segalanya.

Sejak dari hari itu juga, banyak kaedah dan program yang dilaksanakan untuk membantu rakyat. Antaranya adalah dengan memperkasakan Yayasan Sabah dan subsidiarinya yang serba sedikit memberi pulangan kepada rakyat Sabah. Bantuan seperti bantuan buku, kasut dan pakaian kepada anak-anak sekolah serba sedikit membantu ibubapa untuk membeli keperluan ini.

PBS pada ketika itu juga amat lantang menyuarakan suara rakyat yang melibatkan Perkara 20, Projek IC, PATI, Royalti Minyak, pembangunan yang tidak setara dengan Semenanjung pada ketika itu sehinga PBS agak sukar untuk ditewaskan oleh Kerajaan BN; sehinggalah kejatuhan kerajaan PBS pada tahun 1994 apabila 3 pemimpinnya keluar parti setelah menang tipis dengan Barisan Nasional.

Walaupun telah jatuh namun perjuangan Pairin diteruskan bagi membela nasib rakyat sehinggalah PBS masuk semula dalam komponen Barisan Nasional yang ditinggalkannya suatu ketika dahulu.

Berbanding dalam Pembangkang pada ketika dahulu dan kini dalam BN, PBS tidak serik-serik menyuarakan masalah dan hak rakyat Sabah. Setiap masalah akan dibincang bersama bagi memastikan segala keperluan rakyat dipenuhi.

USNO pada suatu ketika dahulu adalah sebuah parti yang teguh dan kukuh serta banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah sehinggakan Tun Mustapha dipanggil Bapa Pembangunan Sabah.

Namun apa yang berlaku, hampir keseluruhan pemimpin dan penyokong parti ini ingin membubarkan USNO dan membawa masuk UMNO ke negeri Sabah. Semua penyokong USNO telah menyatakan sokongan kuat terhadap kepimpinan UMNO ketika itu dan USNO lenyap ditelan zaman.

Manakala khidmat dan sumbangan USNO kepada rakyat Sabah telah dilupakan secara total. Keringat pemimpin terdahulu telah dilupakan. Penat dan susah payah pemimpin terdahulu telah dimakan anai-anai. Walau USNO telah cuba dibangkitkan semula, tetapi menempuh pelbagai halangan; terutama sukar didaftarkan menyebabkan mereka terus kempunan untuk bertanding dan kini terpaksa bergabung dengan STAR pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Persoalannya, adakah PBS juga harus dikuburkan ke dasar laut dan layak untuk dibaham oleh ikan jerung? Tidak layakkah PBS memimpin KDM kerana dikatakan sebagai kuda tunggangan UMNO? Tidak layakkah PBS diundi kerana sudah tidak mampu bersuara untuk menyelesaikan masalah rakyat?

Adakah parti STAR adalah wadah perjuangan masa kini untuk membela nasib rakyat Sabah terutama KDM di Sabah? Adakah 7 agenda STAR itu mampu menjadi ukuran kepada memperjuangkan hak rakyat Sabah?

Saat sinar mentari dilitupi awan kelabu di siang hari, ribut kencang meniup gumpulan awan menerangi siang dan memberi sinar seluruh pelusuk negeri Sabah. Kaum KDM kini mudah lupa. Ketika saat pintu demokrasi terbentang luas yang dibawa oleh angin perubahan PBS suatu ketika dahulu, akan hilang ditelan zaman.

Kini rakyat Sabah memerlukan seorang pemimpin agung yang memimpin suku kaum KDM, Pairin Kitingan muncul kembali untuk memberi sinar harapan dan perjuangan kepada masyarakat KDM.

Pairin telah berusaha untuk menuntut hak rakyat Sabah. Walaupun di saat PBS jatuh pada tahun 1994, hampir semua pemimpinnya meninggalkan parti termasuk Jeffrey Kitingan, adik Pairin sendiri. Di saat semua pemimpin PBS yang lompat parti telah kalah di tangan pemimpin baru PBS, Jeffrey masuk semula ke dalam PBS dan menang dalam PRU 1999 tetapi beliau telah sekali lagi mengkhianati PBS dan meninggalkan PBS untuk menyertai parti lain.

Sehingga kini kerjasama yang terjalin antara komponen BN telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi menyelesaikan masalah PATI dan projek IC di Sabah.

Ramai tidak sedar bahawa peranan PBS dalam kerajaan dan bekerjasama dengan parti komponen BN telah banyak membantu pembangunan negeri Sabah. Sebenarnya semua 7 Agenda yang diperjuangkan oleh STAR, sudah lama diperjuangkan oleh PBS.

Jadi haruskah PBS dilenyapkan dalam muka bumi ini? Haruskah peranan PBS selama ini tidak perlu di banggakan? Haruskah perjuangan Pairin bersama PBS selama ini tidak diiktiraf? Seandainya jawapan 'Ya', maka USNO telah melalui perkara yang sama dan kini ingin dibangkitkan kembali, namun melalui perjalanan yang amat sukar. Sebaliknya PBS masih releven membela rakyat negeri Sabah.

17 comments:

  1. USNO sudah lama dibubarkan dan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin seperti Harris Salleh nampak banyak sangat kesilapan yang dilakukan pada masa lalu.

    ReplyDelete
  3. Sudah pastilah PBS masih relevan sehingga sekarang. Kerana PBS tetap menjadi pemerintah bersama dengan BN. Tapi tidak bagi USNO yang hilang entah kemana.

    ReplyDelete
  4. Betul..Tambahan lagi USNO telah lama dibubarkan dan lama tidak kedengaran. Cuma timbul sekarang cuba untuk dibangkitkan semula. Tapi tidak tahu apa cerita lagi mengenai USNO adakah diluluskan atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha menghidupkan USNO hingga kini makin blum berjaya.

      Delete
  5. USNO sudah tidak relevan di sabah...pasal tu lah ahli dan pemimpin USNO dulu bersepakat untuk membubarkan USNO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. USNO dah dibubarkan, sukar untuk USNO hidup semula.

      Delete
  6. PBS pula masih kekal relevan hingga ke hari ini..ini terbukti dengan kemasukan ahli baru di kalangan golongan muda..

    ReplyDelete
  7. rakyat yang tentukan mereka relevan lagi atau tidak.

    ReplyDelete
  8. Jawapan yang amat mudah. Tentulah PBS yang masih relevan.

    ReplyDelete
  9. Pendaftaran USNO juga ditolak.

    ReplyDelete
  10. Ramai tidak sedar bahawa peranan PBS dalam kerajaan dan bekerjasama dengan parti komponen BN telah banyak membantu pembangunan negeri Sabah.

    Hubungan baik ini harus terus dijalinkan agar pembangunan Sabah adalah positif dan menghala arah yang positif juga.

    ReplyDelete
  11. PBS masih mengutamakan perjuangan dan hak milik penduduk di Sabah.

    ReplyDelete
  12. "SIAPA MASIH RELEVAN, PBS ATAU USNO?"

    mestilah PBS.. takkan USNO pula.. USNO sudah lama dibubarkan la..

    ReplyDelete
  13. kekuatan BN Sabah juga banyak bergantung kepada pengaruh PBS di negeri ini..

    ReplyDelete