Saturday 1 September 2012

SIAPA 'TAIKO' CINA DALAM POLITIK SABAH?





Oleh : MOHD DANIEL ADUL

PADA era 60-an, pemimpin Cina Sabah pada masa itu seperti Datuk Phang Ket Chung, Datuk Khoo Siak Chew, Datuk Peter Lo dan Datuk Chong Thian Vun, adalah sangat dihormati, bukan sahaja oleh kaum Cina, malah bangsa lain.

Mereka disifatkan sebagai pejuang dan pembela orang Cina pada masa itu. Selepas zaman perikatan, muncul pula Pemimpin Cina pada zaman Kerajaan Berjaya seperti Datuk Lim Guan Sing, Datuk Yap Pak Leong, Chin Kok Kong dan Poul Wong.

Selepas itu di zaman PBS, muncul Taiko seperti Datuk Yong Teck Lee, Datuk Tan Ket Sher, Datuk Chau tet On dan sekarang Taiko Datuk Yong Teck Lee, masih berjuang untuk masyarakat Cina bersama tokoh lain seperti Datuk Yee Moh Chai, Datuk Peter Pang, Datuk Raymond Tan, Datuk V.K Liew.

Di sini zaman sekarang, siapakah di antara mereka ini yang dianggap 'Taiko Cina Dalam Politik Sabah'? Adakah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai ini boleh diangkat dan dianggap Taiko Cina dalam politik Sabah?

Rasa-rasanya tidak, kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Penduduk di Api-Api telah hampir menolak Dr Yee ke laut pada PRU ke12 lalu, dia hanya menang tipis dengan majoriti hanya 174 undi sahaja.

Belum pernah dalam sejarah keputusan pilihanraya DUN Api-Api ini iaitu ibu negeri Sabah sejak zaman Perikatan hingga ke zaman parti Berjaya, calon Kerajaan hanya menang majoriti 174 undi sahaja.

Jika silap perkiraan, para pengundi Cina di DUN Api-Api akan terus menguburkan beliau tanpa kerana pada PRU-13 jika masih diturunkan sebagai calon BN; melainkan jika beliau berpindah kawasan ke Inanam atau Likas demi survival politik beliau.

Jika masih bertanding di Api-Api, ramai percaya Dr Yee boleh ucapkan selamat jalan kepada tokoh yang lain seperti Datuk V.K Liew, Datuk Raymond Tan, Datuk Peter Pang. Namun adakah meraka ini boleh dianggap sebagai Taiko dalam politik Sabah?

Bagi Datuk V.K Liew, walaupun beliaui adalah Presiden bagi satu parti gabungan BN iaitu LDP, akan tetapi adakah masyarakat Cina mengiktiraf kepimpinan Datuk V.K Liew dan LDP ini?

Jika di zaman Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri), LDP pernah diberi jawatan Ketua Menteri, tetapi sekarang jangan mimpi lagi. Atas sebab inilah dirasakan pandangan masyarakat Cina kali ini terhadap LDP adalah jelas.

Harapan meraka untuk melihat adanya Ketua Menteri Cina dari LDP telah hancur, sedangkan President LDP menang di Sandakan dan hanya dilantik Timbalan Menteri Pusat sahaja.

Tidak keterlaluan jika pengundi Cina akan melakukan 'Write Off' terhadap LDP kali ini. Manakala Datuk Raymond Tan dan Datuk Peter Pang, dua-duanya telah melompat masuk ke dalam Gerakan; bagaikan katak yang takut kelaparan. Namun adakah langkah perhitungan mereka ini boleh diterima oleh masyarakat Cina Sabah?

Datuk Raymond Tan seperti kita sedia maklum adalah dari SAPP tetapi telah melompat ke Gerakan demi survival jawatan Menteri Kabinetnya. Sementara itu, Datuk Peter Pang, juga masuk ke Gerakan selepas dijanjikan, untuk kekal jawatan kabinet oleh Gerakan Pusat setelah sekian lama di pujuk PBS, MCA dan Gerakan.

Persoalannya di sini, adakah Datuk Raymond Tan dan Datuk Peter Pang ini boleh diterima masyarakat Cina Sabah sebagai Taiko mereka? Dalam perjuangan masyarakat Cina Sabah, antara isu mereka ialah 'Tokoh Cina' yang boleh mewakili mereka dalam Kabinet Negeri Sabah.

Mereka sudah tentu menolak tokoh yang hanya mengejar jawatan atau yang mempertahankan kepentingan sendiri; sebaliknya terus mengharapkan kemunculan 'Taiko' atau 'Abang Besar' sekalipun belum ada yang difikirkan layak.

Datuk Yong Teck lee, seorang yang lantang dan berwibawa, semasa menjadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun yang singkat itu, sememagnya telah membuktikan, dia sememangnya layak dipanggil 'TAIKO CINA' kerana atas inisiatifnya, masyarakat Cina mendapat sebidang Tanah untuk SCCC.

Yong juga turut mengutamakan bidang pendidikan kerana tapak sekolah INSTITUT SINAR di Jalan Tuaran Bypass atas dayausaha Yong; Malah semua premis judi 4D juga diikurangkan atas kawalan ketat Yong.

Yong melakukan tindakan sekatan ini kerana menyedari masyarakat Cina paling ramai berjudi 4D ini, maka adalah sangat tepat sekali 'Taiko Yong' mengurangkan tabiat berjudi masyarakat Cina kerana di era PBS Premis Judi tumbuh seperti cendawan; tanpa kawalan.

Walaupun tewas dalam Pilihanraya Kecil Parlimen di Parlimen Batu Sapi di tangan balu yang mentah politik, namun dengan semangat juang yang tinggi Yong terus menjadikan kegagalan di Batu Sapi sebagai Formula untuk menjadi Taiko Masyarakat Cina pada PRU-13.

No comments:

Post a Comment