Monday 10 September 2012

SKANDAL BALAK SABAH, TUDUHAN LIAR DAN TIDAK BERASAS




Oleh : DATUK SAM MANNAN

BEBERAPA tuduhan telah dibuat bahawa penebangan balak secara haram yang berskala besar dan berleluasa sedang berlaku di Sabah, yang mana hasilnya didakwa dilaburkan secara haram ke luar negara; seperti yang dilaporkan secara meluas dalam blog-blog dan yang amat mengejutkan, kenyataan di atas dibuat oleh pelbagai agensi akhbar antarabangsa, secara bercetak dan dalam talian.

Satu angka bernilai USD $90 juta telah disebutkan sebagai 'Nest Egg' (Wang Simpanan Untuk Kegunaan Masa Hadapan) atau hampir RM300,000,000.

Jika tuduhan ini benar, ia mengambarkan yang tidak kurang 1 juta m3 balak telah ditebang secara haram. Ia seperti merompak tidak kurang dari 20,000 hektar (50,000 ekar) bekalan hutan yang kaya dengan kayu kayan. 

Skala pembalakan ini, jika benar akan mewakili 50% daripada balak yang dihasilkan daripada hutan semulajadi dalam tahun 2011 atau sebanyak 30% daripada pengeluaran balak di Sabah pada tahun 2012.

Jabatan Perhutanan mengakui bahawa penebangan secara haram berlaku di Sabah tetapi tidak mungkin menghampiri skala dan tahap sebagaimana yang didakwa.

Tuduhan-tuduhan ini  adalah tidak berasas dan dibuat dengan niat tidak baik (Mala- Fide)  untuk  merosakkan nama dan meremehkan usaha dan pengorbanan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Sabah, terutama bagi mencapai tadbir urus hutan yang baik dan Pengurusan Hutan Mapan (SFM) dalam jangka masa yang sesingkat mungkin; walaupun dengan pelbagai cabaran kewangan, ekonomi dan sosial.



 






Fakta-fakta untuk menyangkal tuduhan liar dan berniat jahat  ini adalah seperti berikut :

01).     Tuduhan pembalakan haram (1 juta m3) yang seluas ini tidak mungkin terlepas daripada perhatian dunia secara umumnya. Suatu kawasan hutan yang kaya seluas 20,000 hektar yang telah dibalak dengan teruk secara haram akan dengan mudahnya dikesan melalui satelit-satelit  dan menarik perhatian para NGO, pakar-pakar alam sekitar dan komuniti yang tinggal berhampiran. Tidak mungkin langsung kemungkinan yang membolehkan perbuatan tersebut dilakukan dan diluluskan tanpa disedari. Melainkan dan sehingga bukti kukuh dapat ditunjukkan, tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.

02).     Jika 50% pengeluaran tahunan balak dari Sabah didakwa dibuat secara haram, pasaran-pasaran dunia terutamanya yang peka seperti Eropah, Amerika Utara dan Jepun sepatutnya telah lama berhenti daripada membeli balak dari Sabah dan implikasi-implikasi ekonomi dan kewangan yang besar sepatutnya telah memberi kesan teruk kepada negeri secara keseluruhannya. Ini tidak terjadi kerana pembalakan haram pada skala besar seperti yang didakwa tidak pernah berlaku.

03).     Lesen-lesen jangka panjang Sabah telah tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak tahun 2010, di bawah Malaysia-EC TLAS (Program Jaminan Balak Disahkan). Juruaudit Bebas sepatutnya telah mengesan penebangan haram pada skala seumpama itu. Sebaliknya, Sabah sentiasa telus dan membiarkan pengurus hutannya  terbuka kepada penelitian umum dan pihak Juruaudit ketiga bagi mencapai kredibiliti yang diiktiraf dunia.

04).     RIL (Impak Pembalakan Dikurangkan) telah diperkenalkan dalam tahun 2009 dengan pelaksanaan penuh dalam tahun 2010, sekali lagi disahkan secara bebas oleh Juruaudit pihak ketiga. Sehubungan itu tuduhan penebangan haram yang berleluasa (20,000 hektar sekurang-kurangnya) amat mustahil terlepas daripada perhatian Juraudit antarabangsa yang memang terkenal.



 







05).     Sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan-hutan Sabah adalah separa atau sepenuhnya dipersijilkan di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (Majlis Pengawasan Hutan atau FSC, MTCS – Skim Pengiktirafan Balak Malaysia), PEFC – Skim Perhutanan Pan-European). Ini juga meliputi hutan di bawah Yayasan Sabah dengan sekurang-kurangnya 250,000 hektar bagi persijilan penuh dan 150,000 hektar hutan pensijilan separa. Lebih banyak kawasan hutan sedang dikenalpasti untuk persijilan dan Sabah mensasarkan tahun 2014 sebagai tahun bagi kawasan-kawasan berlesen jangka panjang mendapat pensijilan sepenuhnya. Proses pensijilan ini bermakna pihak ketiga bebas dalam mengaudit di peringkat akar umbi untuk mengakses  kredibiliti. Jika pertuduhan sedemikian benar, kenapa Sabah terus dapat menarik perhatian badan-badan persijilan dan NGO, yang ingin menjadi rakan kongsi kerajaan dan membantu kita dalam mendapatkan tadbir urus yang boleh disahkan dan dipersijilkan?

06).     Seluruh dunia telah mengetahui yang Sabah adalah wilayah tropika pertama di seluruh dunia yang mempunyai satu kawasan hutan hujan yang diiktiraf di bawah Piawaian Emas bagi FSC dalam 1997. Contohnya Hutan Simpan Dermakot. Ini adalah satu kawasan contoh bukan sahaja untuk Malaysia tetapi dunia tropika.

07).     Wilayah-eko Ulu Segama–Malua di Sabah yang bersempadan dengan Lembah Danum, adalah juga merupakan lokasi kepada model GRASP dunia (Great Apes Succeed Project) dibawah UNESCO, dengan tidak kurang daripada 3,000 Orang Utan pada masa ini dilindungi di hutan yang diiktiraf FSC yang mana kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman, telah menghentikan sepenuhnya pembalakan pada 31.12.2007, selepas pengumuman dasar yang telah dibuat pada 15.3.2006. Keputusan berani telah dibuat walaupun terdapat implikasi kewangan yang besar – kehilangan potensi hasil sekurang-kurangnya RM4 bilion. Kenapa perlu disimpan hutan-hutan hujan yang bernilai ini selamanya jika pentadbiran tidak jujur dalam menangani penebangan haram? 






08).     Kawasan simpanan TPAS (Kawasan-Kawasan Dilindung Sepenuhnya)  di Sabah pada masa sekarang mencapai 1.3 juta hektar atau 20% kawasan Sabah keseluruhannya, malah melebihi piawaian IUCN sebanyak 10%. Penambahan terkini adalah sebanyak 180,000 hektar – 55,000 hektar Koridor Hidupan Liar menghubungkan Maliau Basin, Imbak Canyon ke Danum/Ulu Segama dan pengklasifikasian semula Ulu Segama (130,000 hektar) ke status perlindungan sepenuhnya. Perlu dinyatakan di sini bahawa kepimpinan Ketua Menteri sekarang, Datuk Seri Musa Haji Aman, telah menunjukkan pengembangan terbesar dalam usaha peluasan TPAS dalam sejarah Sabah, di sebalik peluang konservasi.

09).     Di bawah kepimpinan beliau, SFM telah diperbaiki secara mendadak, lesen-lesen jangka pendek yang mengakibatkan kemusnahan besar kepada alam sekitar secara drastiknya telah diberhentikan dan kredibiliti pengurusan hutan Sabah adalah pada tahap tertinggi – menerusi falsafah keterbukaan di mana kawasan pengurusan perhutanan dan pembalakan adalah semuanya terbuka kepada penelitian pihak ketiga dan NGO. Kebaikan, keburukan dan kecacatan adalah didedahkan secara terbuka dengan niat memperbaiki piawaian dan amalan-amalan di peringkat dasar.

10).     Penurunan hasil hutan yang dirancang adalah satu strategi yang disengajakan untuk memastikan hutan-hutan diberikan peluang untuk pulih semula (sebanyak RM150 juta/ setahun pada masa sekarang berbanding kepada RM500 juta – RM1 billion di dalam hutan) dan bekalan ditingkatkan semula dalam tempoh 20 tahun kemudian dan ini akan memberi manfaat kepada generasi akan datang. Adalah lebih mudah untuk mengambil pendekatan untuk mengaut hasil hutan semata-mata dan mengabaikan pemuliharaan terutamanya dalam tempoh masa yang singkat. Jika dasar sedemikian digunapakai hutan di negeri ini akan lupus di masa akan datang. Ini umumnya dikenali dalam ekonomi sebagai tragedi amalan biasa.

11).     Tuduhan-tuduhan yang liar dan tidak berasas sebenarnya mengakibatkan kemudaratan yang banyak kepada hutan hujan negeri Sabah dan bukan membantunya. Orang awam yang mudah terpengaruh akan berhenti membeli balak (sumber utama bernilai kewangan dalam sesebuah hutan) dari Sabah, menjadikan hutan hujan dan usaha-usaha SFM tidak bermakna dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Apabila hutan hujan tidak lagi mempunyai nilai ekonomi dan balak tidak boleh dijual, maka mereka akan terancam dengan penggunaan-penggunaan tanah alternatif. Jika SFM dan pemulihan tidak lagi bermakna dan membawa faedah kepada masyarakat, maka pastinya dasar-dasar digugurkan, walaupun kemajuan telah dicapai walaupun secara perit sepanjang tahun.

12).     Adalah diharapkan mereka yang telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas menyedari betapa besarnya kesan memberi informasi yang salah kepada dunia dan dalam proses tersebut, mereka akan mempunyai kesan yang merosakkan usaha pemuliharaan secara keseluruhannya.

13).     Kita mempunyai alasan kukuh bahawa tuduhan-tuduhan tidak berasas ini  bermotifkan politik dan bukannya didorong oleh perasaan sayang kepada alam sekitar. Ia memesongkan dengan motif mengagalkan segala usaha Sabah dan momentum pembaharuan pengurusan hutan. Orang ramai seharusnya mengabaikan semua laporan-laporan yang berniat jahat dan membawa kebinasaan kepada Sabah.

(NOTA : Pandangan profesional yang dibuat oleh Datuk Sam Mannan selaku Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah adalah pandangan rasmi Kerajaan Negeri Sabah bagi menepis segala dakwaan tidak berasas pihak pembangkang dan mereka yang berkepentingan).

35 comments:

  1. Sabah's economy is growing. We have our assets in the tourism, manufacturing, transport, fisheries and timber industries.

    ReplyDelete
    Replies
    1. These are part of the government's Halatuju in focusing on sectors such as the tourism, manufacturing, transport, fisheries and timber industries.

      Delete
    2. As Sam said, these allegations are entirely shameful towards the state government because all are not true.

      Delete
    3. Such assets are meaningless if not manage for continuous income.

      Delete
  2. The foundation set out in 1966 to give Malaysians in Sabah a better life through money earned from a million hectares of timber concession.

    ReplyDelete
  3. Memang tuduhan mengenai pembalakan ini satu tuduhan Liar yang dibuat oleh pembangkang. Maka kita perlu sedar yang mana semua ini cuma permainan semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is up to the readers themselves to make the right judgement based on facts and logic instead of just listening to the rumors.

      Delete
    2. Bukan hanya tuduhan liar malah merupakan isu kitar semula yang dibangkitkan semula oleh pihak yang berkepentingan bagi memberi imej negatif terhadap pentadbiran Musa Aman.

      Delete
    3. The oppositions love to make so many accusations like this just to make sure that they have privilege to earn a name.

      Delete
  4. Tambahan lagi dengan cara ini akan menyebabkan ekonomi Sabah akan menurun. Ini memang niat pembangkang yang cuba menjatuhkan ekonomi Negeri Sabah ini. tapi rasanya cara ini tidak akan berkesan kerana tidak ada bukti kukuh lagi yang dapat menguatkan dakwaan pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As long as there are no confirmation from the authorities, we can prove nothing.

      Delete
    2. They are only interested in making Sabah in a very low place.

      Delete
  5. Musa, who is state finance minister, referred to the Auditor-General's Report which had acknowledged Sabah's finance management as among the best in the country.

    He urged the people to reject the opposition and give their full support to the BN government under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He is capable to bring Sabah in a very top way so why wont we cherish about that?

      Delete
  6. Liberal Democratic Party (LDP) president Datuk VK Liew before this has slammed the opposition for constantly opposing the programme carried out by the Barisan Nasional government.

    He said pposition should understand that what the BN is doing is for the good of the people and not a political gimmick.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The opposition have to put down the BN government in order to look like the better choice.

      Delete
    2. The political gimmick is obvious.

      Delete
  7. penjelasan panjang lebar sudah diberikan oleh pihak jabatan perhutanan sabah yang mana membuktikan bahawa tuduhan2 yang dilemparkan adalah tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  8. rakyat janganlah terpedaya dengan laporan2 yang dikeluarkan dalam blog2 seperti sarawak report...imej sabah sengaja cuba dicalarkan dan untuk menggagalkan usaha kerajaan untuk memelihara hutan sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarawak report mmg tak boleh doipercayai.

      Delete
    2. Biarlah rakyat sendiri untuk menilaikannya.

      Delete
  9. Hope that Datuk Sam Mannan's explanation is enough to clear the air on the logging scandals.

    ReplyDelete
  10. Isu ni sudah terbukti tidak berasas. memang ada pihak yang saja gunakan isu ni untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuduhan ini dibuat untuk beri gambaran buruk tentang Sabah.

      Delete
  11. Sabah mempunyai hutan yang begitu indah dan kaya alam semulajadinya.

    ReplyDelete
  12. hutan2 Sabah sebenarnya dijaga dgn baik sekali seperti hutan di Lembah danum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malah kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan bagi Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon sebagai world heritage site..

      Delete
  13. motifnya dakwaan ini untk mengagalkan segala usaha Sabah dan momentum pembaharuan pengurusan hutan. Orang ramai seharusnya mengabaikan semua laporan-laporan yang berniat jahat dan membawa kebinasaan kepada Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sahaja menggagalkan usaha2 kerajaan malah cuba menjejaskan ekonomi sabah..

      Delete
  14. "Fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah ini cukup untuk membuktikan bahawa era pentadbiran Datuk Musa Aman banyak memfokuskan kepada usaha-usaha konservasi hutan, sangat bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh pejuang yang betopengkan alam sekitar."

    Dakwaan Bermotifkan Politik

    ReplyDelete
  15. saya yakin tuduhan yang dibuat oleh pejuang alam sekitar ini bukan atas kehendak mereka sebaliknya atas kehendak pemimpin2 politik negara ini yang terdesak mahu merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  16. yang peliknya, bagaimana pejuang alam sekitar pula yang boleh lebih dulu menimbulkan isu ini? dan bagaimana suara penjuang alam sekitar ini kepada politik berbanding dengan objektif utama mereka terhadap alam sekitar..

    ReplyDelete
  17. Laporan yang ditedahkan itu harus disiasat dengan teliti sejauh mana kebenarannya.

    ReplyDelete
  18. Tidak mungkin tuduhan ini berhasil jika tidak terlibat.

    ReplyDelete
  19. Tuduhan yang tidak berasas akan menjejas imej baik BN.

    ReplyDelete