Friday 21 September 2012

TANGKAP MAKHLUK PEROSAK DALAM UMNO SANDAKAN




Saudara Pengarang,

SAYA,  Sharif Osman Sharif Ahmad bagi pihak ahli UMNO Bahagian Sandakan meminta kerjasama Sabahkini.Net untuk menyiarkan surat terbuka ini mengenai penyelewengan projek rakyat oleh para 'Penyangak' iaitu Ketua Bahagian UMNO  Sandakan, Tan Sri Ampong Puyun; Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Datuk Hj Alipuddin Puyun dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura, Mohamed Hj Untung @ Abdul Hamid.

Ketiga mereka ini sewajarnya segera disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana laporan rasmi telah dibuat sejak sekian lama berhubung dengan Skandal 19 buah projek yang diali-babahkan kepada kontraktor bukan bumiputera (Cina).

Saya merujuk apa yang diperkatakan oleh seorang perwakilan iaitu Zamri Hj Othman semasa usul ekonomi dibahasnya ketika di Persidangan UMNO Bahagian Sandakan pada 9 September 2012 yang lalu; termasuk pengedaran beberapa salinan dokumen penting yang telah sampai ke tangan saya.

Saya dan Ketua-Ketua Cawangan yang menjadi mangsa kerana nama kami telah digunakan untuk memohon projek kecil ini memohon SPRM tidak memilih bulu dalam menjalankan siasatan mereka.



Menurut apa yang ditimbulkan Zamri berserta beberapa salinan dokumen yang turut diedarkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan 44 permohonan projek kecil di Daerah Sandakan yang kononnya dipohon Ketua-Ketua Cawangan UMNO Bahagian Sandakan dengan nilai keseluruhan RM4.4 Juta.

Surat bertarikh 08 Mei 2012, memaklumkan bahawa KKLW Cawangan Negeri Sabah telahpun menjalankan Sebutharga Terbuka bagi 19 projek tersebut; manakala 25 projek berikutnya telahpun diagehkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan untuk  dilaksanakan.

Terdapat 17 buah projek di kawasan DUN Elopura iaitu membina jambatan kayu dan selebihnya di DUN Tg. Papat.

Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon yang turut disenaraikan sebagai pemohon bagi Bina Baru Jambatan Kayu Kg. Cahaya Baru Batu 3, Jalan Bomba Sandakan dengan nilai RM250,000 telah memainkan peranan agar 13 projek di DUN Elopura tersebut diambil alihnya.

Apa yang menyedihkan kami, dengan bantuan CDO Elopura, Mohamad Bin Untong dan anak Ketua Bahagian, 8 buah projek tersebut yang menggunakan lesen-lesen ‘F’ Kontraktor Bumiputera dengan sewa lesen  5% telah pun dialibabakan kepada seorang kontraktorCina    

Sebahagian pemilik lesen tersebut telahpun memperolehi pinjaman sebanyak RM75,000 dari MARA Cawangan Sandakan untuk melaksanakan sendiri projek tersebut kerana yakin dapat melaksakan projek dengan untung kasar RM25,000 kerana kos siling projek tersebut RM100,000. Mereka berpandangan kontraktor Melayu/Bumiputera tidak mampu melaksanakan projek tersebut dan tidak dapat mengadakan apa yang diinginkan dengan  segera.

Bagi baki 5 buah projek seterusnya sedang dalam proses pengagehan/melantik kontraktor yang hanya digunapakai/disewa lesennya. Mereka juga mencantas projek Bina Baru Jambatan Kayu Kg. Cahaya Baru bernilai RM100,000  yang dipohon oleh Ketua Cawangan, Amirbangsa Bin Ambang.

Di samping itu, turut dibangkitkan tentang projek Membina Pejalan Kaki Konkrit Di Hadapan SK. Tg. Papat 2, Jalan Sim-Sim yang kini tergendala. Menurut maklumat yang diperolehi bahawa terdapat bantahan dari JKR kerana ketidak sesuaian projeK  dilaksanakan di kawasan tersebut.

Saya difahamkan juga bahawa terdapat arahan agar projek tersebut diberikan kepada dan dilaksanakan oleh Haji Awang Kadin Tang atas kapasitinya selaku Ketua Pemuda UMNO Sandakan yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah.

Turut dipersoalkan ialah projek Membina Baru Jambatan Separa Konkrit (500 kaki panjang X 5 kaki lebar) di Kg. Pulau Berhala Laut Sandakan yang dibuat permohonan atas nama Ketua Kampung Pulau Berhala yang juga Ketua Cawangan UMNO telah siap dilaksanakan; tetapi Ketua Kampung selaku pemohon projek tersebut langsung tidak dimaklumkan.

SPRM diharap menyiasat perkara ini dengan penuh ketulusan. Jika KKLW Cawangan Negeri Sabah boleh melaksanakan proses sebut harga secara terbuka dan iklan terbuka turut dipaparkan; mengapa pula Majlis Perbandaran Sandakan hanya menurut telunjuk pihak tertentu dan memberikan anugerah projek tersebut secara terus?

Semua projek tersebut yang bernilai RM100,000 bertepatan dengan harga siling yang diberi kepada kontraktor pelaksana. Secara lazimnya apabila seseorang kontraktor ingin turut serta tender/sebutharga terbuka, harga yang kontraktor ajukan adalah kurang dari harga  siling.

Diharap pendakwaan dilakukan  kepada pihak yang terbabit jika pengagehan projek ini tidak mematuhi sistem Tender/Sebutharga yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

SPRM juga diharap dapat meninjau kualiti kerja-kerja yang dilaksanakan. Terdapat kerja yang tidak mematuhi skop kerja yang ditetapkan. Kerja yang tidak berkualiti mengakibatkan jambatan-jambatan tersebut tidak kukuh/bergoyang sedangkan baru disiapkan.

Saya dan Ketua-ketua Cawangan UMNO berterima kasih dan amat bersyukur kerana kerajaan telah menyalurkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah setempat.

Namun kami amat kesal di atas kesemua tidak wajaran ini termasuk salahgunakuasa dan mengambil jalan mudah dengan mengalibabakan projek tersebut kepada kontraktor Cina.

Saya bagi pihak 90 peratus ahli-ahli UMNO mendesak agar SPRM menjalankan siasatan memanggil tiga orang yang telah disebutkan agar segala nista dan amalan rasuah yang mereka lakukan ini tidak terpalit kepada UMNO dan kami tidak buta-buta menangggung dosa mereka.

Jika siasatan SPRM hanya sekadar amalan rutin terhadap 'Makhluk Perosak'  seperti Tan Sri Ampong, Hj Alipuddin dan Mohamed Untung terus bersarang di dalam UMNO, maka kemungkinan besar 44 Cawangan UMNO Sandakan akan berpaling tadah bagi memberi pengajaran kepada pemimpin yang tidak amanah.

Sekian, Salam Hormat,


SHARIFF OSMAN SHARIFF AHMAD
Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Sandakan

11 comments:

  1. Jika benar akan perkara ini berikan maklumat dan bukti kepada SPRM untuk memastikan SPRM dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak SPRM perlu bertindak bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. yang salah tetap salah dan perlu dikenakan tindakan.

      Delete
    2. buat laporan dan sertakan bukti, jgn bagi laporan kosong saja.

      Delete
  2. Baguslah kalau ada pihak dalam ahli yang prihatin untuk memastikan masalah rasuah dalam parti BN dapat ditangani. Ini demi kebaikkan parti itu sendiri juga.

    ReplyDelete
  3. 'perosak' harus dibuang dari parti supaya tidak menggugat keseluruhan parti tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perosak tak harus dibiarkan berada dalam parti, ia harus dibanteras.

      Delete
  4. semua ahli parti harus bekerjasama dan jaga tingkah laku.

    ReplyDelete
  5. MACC vows to combat the corruption cases in the country, together with the government.

    ReplyDelete
  6. "Sharif Osman Sharif Ahmad bagi pihak ahli UMNO Bahagian Sandakan meminta kerjasama Sabahkini.Net untuk menyiarkan surat terbuka ini"

    daripada minta tolong Sabahkini, kenapa tidak buat terus laporan polis atau sprm?? kenapa perlu minta bantuan media? mahu mempopularkan diri sendiri?

    ReplyDelete
  7. sepatutnya isu2 seperti ini tidak boleh didedahkan kepada media selagi belum ada apa2 tindakan dipihak polis atau sprm..

    ReplyDelete
  8. jika selepas ini tidak ada tindakan diambil, jangan salahkan sprm atau polis.. salahkan diri sendiri kerana mendedahkan penyelewengan ini dan bukti2nya sekali di media.. penyangak lebih dulu melepaskan diri sebelum diambil tindakan..

    ReplyDelete