Friday 14 September 2012

TIADA KOMPROMI JIKA HINA WARISAN BUDAYA





KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan menghina warisan kebudayaan suku kaum di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

"Saya terpaksa secara terbuka mengkritik pihak yang jahil dan tidak bertanggungjawab di dalam blog yang menghina tarian Sumazau yang merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan Sabah.

"Kami di Sabah berbangga dengan kepelbagaian budaya kami. Kami mempunyai 32 kumpulan etnik berlainan, dengan identiti yang unik. Walaupun berbeza antara satu sama lain dan berbeza latar belakang dan kepercayaan agama, masih terdapat lebih daripada itu, iaitu saling hormat-menghormati," katanya dalam kenyataan di sini hari ini berhubung blog bertajuk 'Tarian Sumazau untuk golongan Rendah Akhlak' oleh Suara Pakatan Rakyat.

Musa berkata setiap kebudayaan mempunyai identitinya tersendiri, penuh dengan tradisi dan sejarah, dan tarian Sumazau juga tidak terkecuali mempunyai makna tersendiri.

"Pada masa sama, ia adalah untuk semua majlis dan semua orang. Pada zaman moden ini Sabah dikenali di seluruh dunia sebagai titik pertemuan pelbagai budaya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment