Friday 28 September 2012

TRICUBES, RAMALAN RAKYAT JADI KENYATAAN




JANUARI lepas, anak syarikat yang 70 peratus dimiliki Tricubes Bhd - Tricubes NCR JV Sdn Bhd - telah dianugerahkan projek bernilai RM6 juta oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyelenggara perkakasan dan perisian pasukan polis serta server sistem pengurusan mudah alih yang dipertingkatkan (EMMS).

Syarikat tersebut telah dianugerahkan projek kontroversi e-mel 1Malaysia pada April tahun lepas sebagai saluran digital yang ditetapkan untuk badan-badan kerajaan, berkomunikasi dengan orang ramai.

Projek itu mencetuskan kritikan awam sengit kerana semua badan kerajaan dikehendaki membayar bagi setiap e-mel yang dihantar menggunakan akaun e-mel 1Malaysia.

Mereka juga mempersoalkan sama ada pelan tersebut bertujuan untuk "menyelamatkan" Tricubes.

Tricubes berkata sekuritinya, yang ketika ini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, akan kekal didepositkan walaupun sekuriti digugurkan daripada senarai rasmi Bursa Securities.

Secara alternatifnya, pemegang sahamnya yang berhasrat untuk memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal, boleh mengeluarkan sekuriti ini daripada akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) pada bila-bila masa selepas sekuriti itu digugurkan daripada senarai rasmi Bursa Securities.

Selepas pengguguran penyenaraian, Tricubes akan terus beroperasi tetapi sebagai entiti tidak tersenarai.

Ia masih boleh meneruskan operasinya dan juga penyusunan semula korporat manakala pemegang saham masih boleh menerima ganjaran daripada prestasi syarikat.

Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan diniagakan di Bursa Securities (Harakahdaily)

No comments:

Post a Comment