Saturday 1 September 2012

TUDUHAN JENAYAH TERHADAP UBS





PEGUAM Negara Switzerland telah membuka kes jenayah terhadap kumpulan perbankan Swiss UBS bagi tuduhan pengubahan wang haram daripada hasil rasuah balak di Sabah yang didakwa melibatkan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman melalui penama.

Senario ini menurut satu kenyataan kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), telah disahkan oleh Pejabat Peguam Negara di ibunegara Swiss itu, Bern.

Kes terhadap UBS telah dibuka pada 29 Ogos 2012, berikutan aduan jenayah oleh NGO tersebut berkaitan hubungan rapat bank itu dengan Musa.

Musa dan penamanya telah dituduh melakukan pengubahan lebih daripada AS$90 juta hasil rasuah daripada perniagaan kayu balak tropika melalui beberapa akaun bank di UBS di Hong Kong.

Kes itu berdasarkan undang-undang tegas anti-pengubahan wang haram Switzerland, yang menjadikan satu kesalahan jenayah bagi syarikat Swiss untuk terlibat dalam pengubahan hasil daripada rasuah dan jenayah lain dalam aktiviti mereka di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment