Friday 7 September 2012

ULAMA KECAM JULIA PEREZ BUAT TATU HINA ISLAM




MARAH.....Tatu di bahagian belakang tubuhnya mengundang kemarahan para ulama.


TATU pada bahagian belakang tubuh aktres sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) yang tertuliskan 'Hayya 'Alal Falah' dalam tulisan Arab kemarahan ulama negara itu. Menurut laporan portal Kapanlagi, beberapa para ulama menganggap pelakon filem Hantu Jamu Ngendong itu sengaja mencari sensasi dengan menghina Islam.

Kalimat Hayya 'alal falah yang bermaksud 'mari meraih kemenangan' merupakan salah satu ayat dalam seruan azan untuk melaksanakan solat.

"Jupe sering mencari isu sensasi yang tidak sesuai dengan norma agama. Tambah pula ia tidak sesuai dijadikan bahan tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam.

"Saya berharap pihak yang berkuasa melihat semula mengenai penghinaan agama yang dilakukan Jupe. Jika perlu, tahan saja dia," kata Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dr Saleh Partaonan Daulay kepada Kapanlagi, pada Rabu.

Tambah Saleh, tindakan Jupe itu juga boleh mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat apatah lagi beliau baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah.

"Jika hal ini dibiarkan oleh pihak berkuasa, maka masyarakat akan mula menilai aktres itu dan akan bertindak mengikut cara mereka," ujarnya. (celahgelegar)

No comments:

Post a Comment