Saturday 8 September 2012

UMNO SEMPORNA GAGAL TEPATI 13 JANJI?





Oleh : ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH


PERSIDANGAN UMNO yang bakal diadakan hujung minggu ini bagi UMNO Semporna mendapat cabaran dari Penaja USNO Semporna supaya dapat membahaskan 13 Janji yang masih gagal ditepati oleh Wakil Rakyat UMNO  di Parlimen itu termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negerinya (Subayan, Senallang, Bugaya).

Jesteru itu, USNO menggariskan persoalan ini dan mencabar supaya '13 Janji' ini dapat diselesaikan sebelum pengumuman PRU 13; jika tidak maka cogankata 'JANJI DITEPATI' bagi Parlimen Semporna tidak ubah seperti Janji Naib Presiden UMNO untuk mengahwini 'Artis Plastik' melalui proses 'Poligami' dan UMNO Semporna tidak layak menggunakan cogankata berkenaan pada pilihanraya umum akan datang.






Janji Pertama : PRESTASI PENDIDIKAN  

Daerah semporna memiliki Rekod kelemahan Keputusan Peperiksaan yang sangat memalukan di peringkat residensi, negeri dan nasional dengan prestasi termundurnya di Malaysia sejak 1963 - 2012 dengan mendapat  tempat  terakhir  (nombor uncit) adalah penanda aras kegagalan.

Senario ini ditambah oleh prasarana persekolahan yang sangat teruk dan ditambah dengan campurtangan Ahli Politik (Menteri, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen) dalam Sistem Pentadbiran Pendidikan Daerah yang menjadi antara masalah utama prestasi pendidikan daerah itu lemah dan sangat memalukan. Sampai bilakah Wakil Rakyat UMNO (Parlimen dan Adun) terus berjanji membantu menyesaikan masalah pendidikan 'Kelas Kambing' daerah ini? 


 




Janji Kedua : JAMBATAN PBB (PULAU BUM BUM) :

Jambatan PBB terus menjadi impian penduduk Pulau Bum-Bum yang seratus peratusnya adalah Bumiputera, namun 'Janji Terang Bulan' UMNO ini belum ditepati sekalipun kononnya peruntukan telah diluluskan. Jambatan ini penting untuk memberi rangsangan dan menaiktaraf ekonomi Semporna, terutama sektor pelancongan. Walaupun Mantan Perdana Menteri telah mengadakan upacara pecah tanah beberapa tahun lalu namun belum ada sebarang papantanda atau piling dipacakkan; sekalipun Ahli Parlimen Semporna ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.




Janji Ketiga : PRASARANA JALANRAYA

Jalanraya adalah sistem perhubungan yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat setempat, namun sistem jalanraya Pekan Semporna masih seperti di zaman 40-an atau orang tempatan panggil 'Zaman Jepun'. Sistem Trafik yang sangat teruk di Malaysia ini dengan sistem perancangan Trafik  Majlis Daerah tidak teratur serta kucar kacir.

Kelintang pukangan sistem trafik ini sering menyebabkan kemalangan maut berkali-kali sejak 15 tahun lalu di samping kesesakan sepanjang masa dari jam 6.30 pagi hingga jam 10 malam; adalah perkara biasa di Semporna sejak beberapa tahun lalu. Mungkin Menteri KKLW tidak nampak kerana hanya pulang sekali sekala untuk mengekalkan status-quonya sebagai 'Raja Pengemis'.





Janji Keempat : BEKALAN AIR BERSIH

Walaupun peruntukan ratusan juta wang rakyat telah dihabiskan untuk Projek Top-Up NKRA bagi memberikan kemudahan bekalan air bersih kepada rakyat Malaysia, namun nampaknya tidak sampai ke Semporna kerana catuan air dan kekurangan air bersih di Pekan berterusan sehingga hari ini sejak 1963–2012. Akibatnya sistem penyelenggaran Bekalan air bersih tidak teratur sehingga menyukarkan penduduk daerah ini yang terpaksa membayar bil air sekalipun yang keluar daripada paip hanya angin. (Tidak hairan jika penduduk Kunak (jiran Semporna) bercadang untuk mengirim air kencing kepada Perdana Menteri).





Janji Kelima : KEBERSIHAN DAN SAMPAH SARAP

Semporna yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan maritim dunia, tidak memiliki sistem penyelenggaraan sampah sarap yang teratur dan sistematik kerana pembakaran sampah sarap dilakukan secara terbuka setiap masa oleh pihak berkuasa tempatan di dalam kawasan pekan dan kurang satu kilometer radius dari pekan.

Akibatnya, berlaku pencemaran udara dan bau busuk yang amat keterlaluan serta mengganggu penduduk setempat dan pelancong luar; terutama ketika Pesta Lepa-Lepa atau hari cuti umum sehingga menjejaskan kesihatan. Tidak keterlaluan jika penduduk Semporna terpaksa memakai topeng SARS atau balang oksigen jika ingin panjang umur.



 



Janji Keenam : SISTEM PENGANGKUTAN

Penggunaan kenderaan awam bagi rakyat setempat adalah kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat tempatan, namun Daerah Pelancongan Semporna yang bertaraf dunia ini tidak memiliki sistem pengangkutan teratur. Tiada stesen Teksi, Bas dan pengangkutan awam yang membolehkan pengguna berasa salesa serta tidak terganggu setiap hari.

Semporna yang dikunjungi ramai pelancong dunia hanya memiliki 'Kereta Sapu' yang tidak mempunyai sebarang sistem keselamatan kepada pengguna kerana tidak dilindungi insuran keselamatan penumpang dan tidak memiliki lesen pengangkutan awam. Walaupun pernah dijanjikan permit terutama setiap kali kempen pilihanraya, namun sejak Shafie menjadi Ahli Parlimen Semporna lebih 20 tahun lalu, belum ada satu permitpun yang dikeluarkan.







Janji Ketujuh :  LAPANGAN TERBANG

Semporna sebagai satu daerah yang sedang membangun dalam Industri Pelancongan bertaraf dunia sepatutnya memiliki lapangan terbang sendiri seperti di era 60-an bagi memudahkan kedatangan pelancong; tanpa perlu ke Lapangan Terbang Tawau. Tapak lapangan terbang lama kini menjadi 'Pusat Penternakan Pengundi' kerana di sekelilingnya menjadi kawasan penempatan setinggan; sedangkan air liur basi yang dibanjirkan ketika Ahli Parlimen Semporna berjanji untuk mewujudkan semula lapangan terbang berkenaan boleh membekalkan keperluan air untuk seluruh Pulau Bum Bum.







Janji Kedelapan :     KEUSAHAWANAN

Dasar Kerajaan BN Satu Daerah, Satu Industri hanyalah satu gimik politik dan gagal direalisasikan dengan jayanya di daerah Semporna sejak 1963 hingga 2012. Jesteru itu daerah ini masih gagal melahirkan usahawan berjaya seperti yang dijanjikan. Persatuan keusahawan nampaknya tidak berdaya saing dan hanya mengharapkan subsidi untuk meneruskan aktiviti mereka sedangkan Daerah Semporna penuh dengan peluang perniagaan dan perindustrian yang bertarap dunia. Malah amat memalukan kerana Ahli Parlimen dan Adun hanya memberikan peluang kepada proksi dan kroni termasuk menceroboh tanah milik awam dan peribadi.




Janji Kesembilan :   KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah Semporna) masih mengamalkan 'By-Law' yang ketinggalan zaman (Era Pmerintahan Jepun dan British) menyebabkan mereka gagal menguruskan sistem percukaian dan perkadaran yang teratur; sebaliknya membazirkan wang rakyat untuk program yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat. Tidak hairan jika dalam masa setahun dua akan datang menjadi Majlis Daerah yang pertama diisytiharkan MUFLIS di Malaysia.







Janji Kesepuluh :     MASALAH MILIKAN TANAH DAN SETINGGAN

Kegagalan Ahli Parlimen, Adun, Jabatan Tanah dan Ukur serta pihak berkuasa tempatan menyelasaikan masalah milikan tanah dan kewujudan perkampungan berstatus setinggan (haram) telah menyukarkan rakyat setempat menjalani kehidupan dan menaiktaraf sosial dan merasa terancam masa depan di daerah sendiri kerana banyak tanah simpanan kampung dan tanah NCR telah dirampas, dicuri atau diambil secara songsang. Sejak merdeka, tidak ada walau satu kampungpun di Daerah Semporna yang pernah diwartakan sebagai 'Kampung' sehingga mereka tidak ubah seperti 'Setinggan Haram PATI' di Pulau Gaya yang bakal dirobohkan pada bila-bila masa.




 



Janji Kesebelas :      KEMISKINAN

Meningkatkan taraf hidup rakyat adalah satu kewajipan dan agenda kepemimpinan UMNO. Sepatutnya penurunan statistik kemiskinan berlaku, namun dalam kes Semporna, hampir 90% rakyatnya penerima BR1M membuktikan bahawa masalah kemiskinan masih gagal diselesaikan pemimpin UMNO walaupun kita telah merdeka hampir 50 tahun.

Hampir semua Ketua Cawangan UMNO Semporna penerima subsidi dan bantuan serta diletakkan dalam senarai penerima PPRT di daerah ini. Jika inilah hahikatnya,  maka kedudukan ahli UMNO lebih teruk daripada ketuanya dan perkara inilah yang menyebabkan hampir beribu-ribu 'pengemis ternakan' masih diternak dan pengemis jalanan terus menerus meningkat di daerah ini sehingga menggangu kehadiran pelancong.


 



Janji Kedua Belas : PELUANG PERNIAGAAN PENDUDUK TEMPATAN

Kegagalan kerajaan memberikan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan yang rata-rata bumiputera dalam Industri Pelancongan, Industri Rumpai Laut, Industri Perkilangan, Industri Perikanan yang terdapat di daerah ini adalah kegagalan TOTAL semua Wakil Rakyat UMNO menaiktaraf kehidupan penduduk tempatan. Tiada seorangpun penduduk tempatan (bumiputera) yang melibatkan diri dalam bidang perhotelan dan resort pelancongan. Kesukaran memiliki lesen pelancongan, kilang kelapa sawit atau kilang buah-buahan, serta industri rumpai laut menyebabkan mereka ketinggalan 50 tahun di belakang kaum lain; sedangkan ratusan juta peruntukan subsidi diberikan setiap tahun, tetapi berlaku kebocoran yang disengajakan oleh pemimpin UMNO Semporna.






Janji Ketiga Belas :  KESELAMATAN

Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab utama kerajaan, namun peristiwa penculikan berlaku setiap masa dan kejadian terbaru berlaku tahun lalu di Pulau Sebangkat setelah mangsa diculik di Segitiga Keselamatan (kawasan yang dikawal 24 jam oleh Maritim, Tentera Laut, Polis Marin dan sebagainya) sebelum dilarikan ke negara jiran. Jenayah penculikan ini adalah sinonim dengan daerah Semporna dan sekaligus membuktikan pemimpin UMNO Semporna gagal memastikan daerah mereka selamat sekalipun mempunyai sistem keselamatan yang canggih terutama Pangkalan Tentera Laut yang strategik. 



 




'13 Janji' ini sangat menghantui rakyat Semporna, sejak 1967 hingga 2012 ditambah lagi kuasa politik daerah Semporna dikuasai oleh satu 'puak dan baka PATI' yang menjadi Wakil Rakyat telah mewujudkan sistem kronisme, nipotisme dalam pentadbiran, politik, perusahan, pekerjaan serta peluang perniagaan yang telah lama berakar umbi di daerah ini.

Jadi mampukah Naib Presiden UMNO Malaysia selaku Ahli Parlimen Semporna mengubah sistem ini dan menunaikan '13 Janji' pada pilihanraya umum akan datang. Mungkin tiba masanya Presiden UMNO selaku Perdana Menteri Malaysia menggantikan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan suku sakatnya dengan calon yang lebih layak pada pilihanraya umum akan datang jika UMNO-BN ingin terus memerintah Malaysia.

Senario PRU-13 lebih genting daripada PRU-12 kerana dosa-dosa Shafie dan tiga Adun di Semporna tidak akan mampu dibasuh oleh timbunan projek NKRA kerana mereka berhutang janji dengan rakyat Semporna sejak lima penggal lalu? 


(NOTA : Abdullah Sani Hj Abdul Salleh merupakan Mantan Calon Bersekutu 1999 dan kini Pengerusi Penaja USNO Parlimen Semporna. Illustrasi yang disertakan hanyalah kreativiti dan terpulang kepada pembaca menilainya.)


30 comments:

  1. Janji perlu ditepati. Itulah yang dikatakan oleh PM kita. Jadi jangan biarkan janji itu tinggal kenangan.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan kerajaan akan memastikan semua janji itu dilaksanakan.

      Delete
    2. usaha perlu sentiasa dibuat untuk melaksanakan pembangunan.

      Delete
  2. Sabah akan terus diberikan pelbagai pembangunan. Masalah diSemporna ini adalah masalah MP Semporna sendiri yang tidak mementingkan kawasan tersebut. Benar atau tidak, kenapa dia asyik sibuk di Kedah saja?

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shafie sepatutnya lebih turun padang dan sentiasa memantau projek2 yang dijalankan

      Delete
    2. sepatutnya pemimpin yang mempunyai jawatan dan tugas yang banyak harus pandai mengurus dan membahagikan masa mereka agar tiada yang terpinggir.

      Delete
    3. Betul, sebagai wakil rakyat, mereka seharusnya sentiasa meninjua keadaan dan mendengar suara hati rakyat.

      Delete
  3. Dipendekan cerita Shafie tidak layak menjadi Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. majukan dulu Semporna, jika Semporna tk mampu dimajukan, bagaimana nak majukan Sabah.

      Delete
    2. kena paerbaiki dulu prestasi sekarang ni dan bersihkan diri dari skandal2 yang memburukkan imej.

      Delete
    3. Baik Datuk Shafie berusaha memajukan Semporna terlebih dahulu serta menunaikan tanggungjawab beliau sebagai menteri KKLW.

      Delete
    4. Shafie harus menumpu perhatian di Semporna.

      Delete
  4. pasti penduduk Semporna mendambakan pembangunan seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan BN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keadaan di Semporna begitu daif., kenapa ia dibiarkan?

      Delete
    2. kebanjiran PATI ni salah satu sebab Semporna dapat imej kurang baik.

      Delete
    3. Diharapkan Semporna akan dibangunkan supaya tidak terus berada dalam kemunduran.

      Delete
  5. janganlah membuat janji kosong jika janji tidak dapat ditunaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji mesti kena ditepati, kalau tidak rakyat akan merasa kecewa dan hilang keyakinan.

      Delete
  6. sudah tentu rakyat akan menyingkirkan wakil rakyat yang tidak boleh menjalankan tugasnya yang telah diamanatkan oleh rakyat

    ReplyDelete
  7. setiap janji harus ditunaikan jika BN masih ingin terus kekal sebagai parti yang memerintah negeri Sabah

    ReplyDelete
  8. suara rakyat harus didengari oleh kerajaan jika ingin mendapat sokongan majoriti dari rakyat

    ReplyDelete
  9. janji2 yang diberikan kepada rakyat haruslah ditepati.

    ReplyDelete
  10. Nation building does not happen over night. There is a lot of planning, studying and numerous factors to consider before implementation and delivery.

    ReplyDelete
  11. In March 2012, established Fortune 500 firm Darden Incorporated announced a RM2 billion investment in cluster farming of lobsters in Semporna.

    ReplyDelete
  12. Semporna bukanlah daerah yang mempunyai sumber ekonomi yang mampu membangun daerah itu sendiri. Yang ada hanyalah cukai pintu, tukaran wang asing (perlancongan) perusahan ikan dan sedikit perusahan rumpai laut. Jika dijumlahkan kesemua hasil pendapatan dari sumber di atas ia masih tetap tidak mampu untuk membantu.

    ReplyDelete
  13. tidak seperti daerah Lahad Datu yang mana daerah itu boleh berkembang maju dengan pesatnya berbanding Semporna kerana daerah itu punya tapak industri hiliran yang di jana Syarikat syarikat GLC seperti FELDA, Sime Darby, Kwantas dan banyak lagi. Industri hiliran inilah yang membuat Lahad Datu terus membangun berbeza dengan Semporna.

    ReplyDelete
  14. sebenarnya ada banyak juga pembangunan dibawa oleh umno semporna. Antara lain termasuklah kemudahan perhubungan jalanraya, bekalan air, letrik, pembinaan beberapa buah sekolah menengah dan rendah yang baru bagi memudahkan rakyat Semporna menikmati pembangunan pendidikan dari pra sekolah sehinggalah ke sekolah menengah bagi menjamin generasi baru mendapat pendidikan secukupnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bukan semua pekara boleh dibuat serentak, ia memerlukan masa.

      Delete
  15. setiap janji harus dipenuhi agar ia tidak dijadikan bahan untuk mencari kelemahan.

    ReplyDelete
  16. Perjanjian dibuat harus ditunaikannya.

    ReplyDelete