Tuesday 25 September 2012

UTAMAKAN SABAH DALAM BAJET 2013




PRIHATIN...Limus turut menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada salah seorang pengunjung sempana majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
                       
KUALA PENYU : Pembentangan Belanjawan 2013 pada  jumaat  ini diharap terus mencerminkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kesejahteraan pelbagai lapisan masyarakat

Bekas Bendahari Pergerakan Pemuda Upko Pusat, Limus Jury berharap belanjawan kali ini menekankan kualiti hidup rakyat dengan menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk program rakyat terutamanya dalam penyediaan kemudahan insfrastrukur asas khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, selain berkonsepkan pembangunan modal insan, mensejahterakan hidup rakyat, Belanjawan 2013 diharapkan limpahan peruntukan untuk negeri ini bertambah bagi memenuhi  beberapa kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat Sabah; seperti melengkapkan insfrastruktur pendidikan, jalanraya, bekalan air dan elektrik yang masih diperlukan di beberapa tempat yang masih memerlukan penambahbaikan keperluan tersebut.

“Adalah menjadi harapan bagi semua rakyat Sabah agar bajet kali ini memberi manfaat dan khabar gembira kepada  mereka bagi menikmati kemudahan asas yang lebih baik dan sempurna," katanya ketika ditemui di Majlis Merdeka Raya anjuran Persatuan Muallaf Daerah Kuala Penyu di balairaya Kg. Melampai di sini, kelmarin.

Limus yang juga seorang  ahli perniagaan berkata demikian ketika diminta mengulas Bajet 2013 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen,  jumaat ini.

Limus berkata, kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar perlu diberi tumpuan berterusan dalam meningkatkan taraf hidup mereka termasuk kemudahan infrastruktur, jalan raya selain memperbanyak Program Bantuan Rumah (PBR). serta program program dan bantuan pembasmian kemiskinan.

“Sudah pastinya kerajaan BN dapat meneruskan tradisi mereka untuk membela rakyat secara adil tanpa mengira bangsa," katanya.

Tambahnya, keyakinan itu berdasarkan peruntukan belanjawan tahun-tahun lalu yang berjaya memperlihat kesungguhan Najib dalam menerapkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana Sabah tidak terpinggir dari menikmati kek kemajuan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sementara itu, Limus turut menaruh harapan agar kerajaan Pusat dapat melihat keperluan rakyat Sabah terhadap cadangan  kerajaan negeri untuk membina sebuah lagi unversiti berdasarkan kepada keperluan dan kedudukan unversiti yang sedia ada di Sabah; sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman sebelum ini.

Kata Musa, kerajaan negeri sedia menilai untuk membina sebuah lagi unversiti jika  difikirkan perlu untuk dilaksanakan bagi menampung keperluan pelajar yang saban tahun semakin meningkat.

 Dalam hal ini Limus mengulangi, daerah Kuala Penyu berpotensi untuk menempatkan institusi pengajian tinggi jika kerajaan negeri dan persekutuan bercadang untuk membina sebuah lagi unversiti baru di negeri ini.

"Kita  masih mempunyai kawasan tanah yang luas yang boleh dijadikan tapak bagi tujuan ini kerana seluas kira-kira 300 ekar di Matabawan selain kawasan tanah yang dicadangkan bagi projek Gula Sabah yang sudah dibatalkan; kerajaan boleh jadikan tapak pembinaan universiti tersebut," katanya.

 Tambahnya lagi, sekiranya cadangan pembinaan unversiti ini dapat dilaksanakan di daerah ini, ia secara langsung dapat menyediakan peluang ekonomi kepada rakyat di kawasan ini dan anak-anak di kawasan Pedalaman dan sekitarnya mempunyai pilihan untuk meneruskan pengajian mereka di universiti di ibu kota atau di Semenanjung Malaysia yang kos perbelanjaannya lebih tinggi.

Pada masa sama, Limus berharap Belanjawan 2013 yang dirancang secara terperinci itu perlu dilihat mempunyai misi untuk transformasi ke arah status negara maju berpendapatan tinggi.

 Majlis tersebut dirasmikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort, Isnin Haji Aliasnih yang  turut dihadiri oleh wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan Naib Ketua UPKO Bahagian Beaufort Mohd Lokman Sunggim.

37 comments:

  1. Pairin dan Masidi sendiri berharap bajet 2013 yang akan dibentangkan nanti akan memberikan fokus kepada Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat sabah juga mengharapkan bajet 2013 akan lebih mengutamakan sabah.

      Delete
    2. Budget 2013 should focus more on allocations for Sabah.

      Delete
    3. moga bajet untuk Sabah kali ini lebih besar.

      Delete
    4. Semoga bujet 2013 lebih mementingkan perkembangan ekonomi.

      Delete
  2. kemudahan infrastruktur di Sabah ni salah satu yang perlu diperbaiki kerana masih banyak kawasan pedalaman yang mempunyai keadaan yang teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. infrastruktur di kawasan pedalaman sabah memerlukan perhatian segera daripada kerajaan..diharap bajet 2013 akan dapat memenuhi harapan rakyat di pedalaman sabah.

      Delete
    2. Dilapidated roads in Kudat and Ranau have to be rectified asap to avoid any further mishap happened.

      Delete
    3. Infra yang lebih wajar dapat menggalak lebih banyak pelabur asing.

      Delete
  3. Saya yakin Sabah pasti akan dapat perhatian dalam bajet 2013 nanti.

    ReplyDelete
  4. Saya dengar lepas bajet kita akan tahu bila PRU. hihi.. KIta lihatlah nanti.

    ReplyDelete
  5. Itulah yang sebenarnya kita inginkan. Memberikan lebih keutamaan kepada penduduk Sabah dalam bajet 2013 akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Sabah should be focused in the upcoming budget.

      Delete
  6. Tambahan lagi sekarang ini PM kerap datang Ke Sabah maka pasti ada sebab kenapa PM melakukan sedemikian. Mungkin ingin melihat sendiri akan pembangunan di Negeri tersebut.

    ReplyDelete
  7. Masalah kekurangan kemudahan asas di Negeri Sabah ini dikawasan pendalaman juga perlu dilihat sebaiknya. Harap PM akan faham dengan situasi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkembangan di kawasan pedalaman juga harus diberi perhatian.

      Delete
  8. Musa wants Bumiputera entrepreneurs to create smart partnerships with the Chinese community to improve the development of Sabah.

    ReplyDelete
  9. Musa's financial management of the Sabah government's coffers and his forest management policies is rated the best in the nation, said state veteran leader Tan Sri Herman Luping.

    ReplyDelete
  10. Budget 2013 should be able to help Malaysians tackle the rising cost of living as well as to provide more benefits to both the low-income earners and those from the middle class.

    ReplyDelete
  11. Sabah patut mendapat peruntukan yang besar.

    ReplyDelete
  12. byk yg perlu dibanngunkan di Sabah, jadi peruntukan besar amat perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kepentingan rakyat akan sentiasa mendapat perhatian.

      Delete
  13. bajet sudah dibentangkan..pasti setiap orang ada pendapat masing2.

    ReplyDelete
  14. tunggu dan lihat apakah reaksi masyrakat mengenai bajet tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu juga terpulang apakah sektor yang kerajaan menumpu perhatian dalam bujet 2013.

      Delete
  15. Kami menanti bagaimana bujet 2013 dilaksanakan.

    ReplyDelete
  16. keseimbangan ekonomi harus diutamakan.

    ReplyDelete
  17. Any surprises the budget 2013?

    ReplyDelete
  18. Entah-entah ada durian runtuh?

    ReplyDelete
  19. Harap perkembangan yang lebih keseluruhan dapat dibentang.

    ReplyDelete
  20. Peruntukan yang disalurkan harus diurus dengan baik dan elakkan dari pembaziran.

    ReplyDelete
  21. Sektor mana yang akan dimanfaatkan?

    ReplyDelete
  22. Bajet 2013: Sabah tidak dipinggirkan

    kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 386 juta ringgit bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan lebih seragam dengan membuka sebanyak 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman. Sebagai contoh di Ba’kalalan, Sarawak, harga gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak tersebut boleh dibeli hanya dengan RM26.60 setong.

    Sebagai tambahan, bagi meringankan beban rakyat yang berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan memberi diskaun tambang kepada semua penumpang sebanyak 50 peratus. Di samping itu, diskaun sebanyak 50 peratus turut diberi ke atas tambang feri untuk kenderaan komersial yang mengangkut barang keperluan asas dan binaan ke Labuan.

    ReplyDelete
  23. Lanjutan daripada kejayaan pengenalan RapidKL dan RapidPenang, Kerajaan akan melancarkan RapidKuantan mulai 1 Disember 2012 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti di Kuantan. Syarikat Prasarana juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  24. Dibawah "Pembangunan Luar Bandar dan Masyarakat Orang Asli", Sebanyak Rm100 juta ringgit akan diperuntukkan bagi membekal 40 ribu tangki air menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete