Tuesday 2 October 2012

1,476 RELA PASTIKAN BN MENANG DI BEAUFORT





BAKAR.... Azizah dan Hishammuddin membakar semangat juang anggota Rela pada Majlis Rela Bersama Pemimpin di Dewan Pa' Musa Beaufort di sini, malam kelmarin.

BEAUFORT: Seramai 1,476 pengundi terdiri daripada anggota Ikatan Relawan Malaysia (Rela) Daerah Beaufort diyakini akan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya akan datang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata keyakinan itu berdasarkan komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukan oleh rela daerah itu dalam setiap program jabatan dan agensi kerajaan serta NGO.

“Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada pasukan Rela daerah ini sejak sekian lama dalam program kerajaan dan agensinya membuktikan bahawa Rela tetap berdiri teguh di belakang kerajaan dan kepimpinan BN,” katanya.

Azizah berkata demikian pada Majlis Rela Bersama Pemimpin di Dewan Pa' Musa Beaufort di sini, malam kelmarin.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein menjadi tetamu kehormat pada majlis itu. Hadir sama, Ketua Pegarah Rela, Datuk Mustapha Ibrahim; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; Pemangku Ketua Umno Bahgian Beaufort, Isnin Aliasnih; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Arifin Arif dan Adun Sindumin, Ahmad Bujang,

Azizah yang juga Adun Klias memberitahu daerah Beaufort mempunyai seramai 1,558 ahli Rela berdaftar daripada 45 kampung di sini.

Di akhir majlis Hishammuddin menyampaikan Watikah Ketua Platun Skuad Muda Rela kepada lima penerima. Dua mantan Pegawai Rela Daerah pula menerima anugerah Jasamu Dikenang selain anugerah Rela dan Amal Jariah masing-masing 20 penerima.

Sementara itu Ibrahim menyampaikan Watikah Perlantikan Ketua Platun Rela kepada 20 anggota Rela.

17 comments:

  1. Rela, barisan terakhir pertahanan negara. Patut dikekalkan & seboleh2nya dikembangkan lagi peranannya...

    ReplyDelete
  2. BN akan tetap jadi kubu kuat BN dan kemenangan tetap berpihak pada mereka walaupun kehilangan seorang pemimpin seperti Lajim Ukin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Tentu sekali Beaufort khususnya DUN Klias dan Kuala Penyu tidak akan ketinggalan (dalam arus perdana pembangunan). Ini janji kita dan usaha kita. Sebagai pemimpin ada yang datang dan pergi. Kita tidak akan memegang jawatan selama-lamanya."-Musa Aman

      Delete
  3. Jaminan pembelaan yang sewajarnya diberi kepada penduduk Beaufort meskipun kini menghadapi gelombang politik.-Musa Aman

    ReplyDelete
  4. Kerajaan BN pasti akan terus menjadi pilihan parti untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Selagi BN mampu memberikan yang terbaik maka selagi itulah rakyat akan terus menyokong kerajaan yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  6. Pelbagai usaha telah kerajaan lakukan untuk rakyat. Jadi kita perlu menyokong Kerajaan BN ini sebaiknya. Kerana Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab yang perlu diberikan kepada rakyatnya.

    ReplyDelete
  7. RELA now is being needed.

    ReplyDelete
  8. I hope the RELA will help the government to capture as much votes you can.

    ReplyDelete
  9. Furthermore, we have to be more flexible.

    ReplyDelete
  10. Dont worry, they will continue to support the government.

    ReplyDelete
  11. This is vital for the government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government transformation programme 2.0 can also boost the socio economy of Sabah

      Delete
  12. Sokongan penduduk di kawasan Beaufort masih kuat lagi untuk BN

    ReplyDelete
  13. Head of State Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin has called on the people to support and stand firm behind the government of the day which has brought progress and prosperity to this “Land Below The Wind”.

    ReplyDelete
  14. Tun Juhar also urged the people to remain united in line with the 1Malaysia concept introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  15. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is happy with the cooperation given by the state government, under the leadership of Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, to the federal government.

    ReplyDelete