Tuesday 30 October 2012

1,681 JURURAWAT BARU AKAN DILANTIK





KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baharu seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan pada Disember.

Proses temuduga akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Nov di 85 pusat temuduga di seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow dalam kenyataan pada Selasa berkata kerajaan bersetuju untuk mengatasi masalah pengangguran graduan lepasan diploma dengan menambah bilangan perjawatan bagi jururawat di kementerian.

Beliau berkata pada masa yang sama kementerian itu juga, dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, akan melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) khusus bagi graduan lepasan diploma kejururawatan yang masih menganggur.

Program SL1M Graduan Kejururawatan ini adalah satu daripada usaha kerajaan untuk memperkasa graduan dengan kemahiran dan pengalaman klinikan yang boleh meningkatkan kebolehan mereka untuk memperoleh pekerjaan sebagai jururawat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment