Saturday 20 October 2012

18,000 PENJAWAT AWAM SABAH TERIMA BONUS





KOTA KINABALU : Kira-kira 18,000 penjawat awam negeri Sabah akan menerima bonus satu setengah bulan gaji, sama seperti yang dinikmati oleh penjawat awam Persekutuan.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pembayaran bonus itu akan dilaksanakan dengan dua kali ansuran iaitu pada bulan Disember dan Januari tahun depan. Setengah bulan lagi telah dibayar pada bulan Ogos lepas, katanya.

"Inilah kelebihan dan keistimewaan kerajaan Barisan Nasional, kerajaan yang prihatin, jujur dan ikhlas dalam perjuangan, telus dan realistik dalam pentadbiran.

"Kebolehpercayaan inilah yang menjadikan Barisan Nasional sebuah parti dan kerajaan yang menjadi pilihan dan harapan rakyat pada keseluruhannya," katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2013 di Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas dekat sini pada Jumaat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment