Tuesday 2 October 2012

29 OKTOBER PENYAMPAIAN KEPUTUSAN CEROBOH HUTAN


 

 
SEMANGAT.....Peguam Ram Singh dan sebahagian penduduk Kg. Sanan dan Kg. Imusan yang semakin bersemangat waja hadir di Mahkamah Majistret Kinabatangan baru-baru ini.

Oleh : GALUS AHTOI

KES SAMAN Jabatan Perhutanan Sabah melawan tiga penduduk kampung Kg. Sanan, daerah Tongod dicatatkan berlaku pada 12 September 2011. Pada 25 September 2012, pihak Pendakwaraya Jabatan Perhutanan Sabah telah selesai memanggil kesemua lapan saksi pendakwaannya.

Hakim telah menetapkan 29 Oktober 2012 sebagai tarikh untuk penyampaian keputusan sama ada ketiga-tiga tertuduh bersalah atau tidak ke atas tuduhan merantis/menebas dalam kawasan Hutan Simpan Sg. Penangah.

Penduduk kampung Kg. Sanan telah menyatakan bahawa mereka telah membuka, mengusaha dan tinggal di kawasan tersebut (tempat kejadian) sejak sebelum pewartaan semula Hutan Simpan Sg. Penangah pada Tahun 1984.

9 comments:

  1. Harap kes ini juga akan berpihak pada penduduk. selamat berjuang!

    ReplyDelete
  2. Kes ini semakin hari semakin banyak kita dengar. Tapi yang pasti kerajaan tidak akan duduk diam mengenai perkara ini untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu mengenai tanah semakin panas sekarang, pasti akan dijadikan lebih panas oleh pembangkang.

      Delete
  3. Apa pun keputusan yang ingin diberikan oleh pihak mahkamah maka terima seadanya. Kerana keputusan itu adalah muktamad.

    ReplyDelete
  4. Kita harap kes ini akan selesai tidak lama lagi dan akan tenang selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 penyelesaian terbaik dapat dicapai untuk membela nasib penduduk kampung

      Delete
  5. diharap masalah tanah tu dapat diselesaikan

    ReplyDelete