Wednesday 17 October 2012

ADUN KARAMBUNAI TIDAK BERHATI PERUT?





Oleh: MOHD HISHAM MOHD JAIS

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Negeri Sabah pada 16 Oktober lalu berkesempatan melawat dua (2) buah keluarga yang rumahnya telah dirobohkan di Kg. Tebobon dekat Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka yang terpaksa menginap hampir sebulan di sebuah Dewan Masyarakat kampung berkenaan mendakwa tidak dipedulikan aduan dan rintihan yang terpaksa dialami mereka meskipun telah mengajukan permasalah tersebut kepada Ketua Kampung dan ADUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad.

Apa yang mereka kesali ialah, setiap aduan tidak dilayan dan tidak diambil perhatian oleh pihak berwajib seoalah-olah Adun berkenaan tidak berhati perut dan tidak berperi kemanusiaan.

GAMIS telah bertemu dengan keluarga mangsa terbabit bagi mengetahui secara dekat permasalahan yang berlaku. Rumah penduduk kampung yang dirobohkan semata mahu memberi laluan kepada projek pembangunan tanpa mengambil berat soal kemanusiaan dan kebajikan rakyat.

Justeru, GAMIS berpendapat bahawa permasalahan yang berlaku hendaklah ditanggani secara serius dan berhemat mengikut batas kemanusiaan dan tidak hanya mementingkan projek pembangunaan semata.

GAMIS Negeri Sabah akan berusaha untuk membantu sedaya upaya bagi menyelesaikan perkara sedemikian. Oleh yang demikian, GAMIS memberi tempoh seminggu kepada Jainab, ADUN Karambunai untuk turun padang sekaligus menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat di kawasan yang diwakili beliau.

“Kita jumpa keluarga mangsa, dan bertanya samada YB Jainab ada datang memberi apa-apa bantuan atau sebarang inisiatif? Mereka kata tiada”

“Jadi peringkat mahasiswa, kita kesal dan kita akan cuba bantu ikut kemampuan kita. Dan GAMIS Sabah beri masa seminggu kepada YB untuk turun padang dan bantu. Ini permasalahan serius dan melibatkan rakyat”

“Saya bersama rakan-rakan mahasiswa turun padang bertemu dengan keluarga mangsa. Hal ini serius dan pihak berwajib jangan pandang ringan. Ini soal kebajikan rakyat, pengundi anda”

No comments:

Post a Comment