Wednesday 17 October 2012

AHMAD SAID INGIN KEMBALI KEPADA UMNO?





PENGISYTIHARAN…..Lajim bersama-sama pengikutnya, termasuk Ahmad berdiri teguh menyokong perjuangan Lajim meletakan jawatan sebagai AMT UMNO Malaysia dan Ketua Bahagian UMNO Beaufort.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

SALAH seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort, Ahmad Said yang meninggalkan parti untuk menyertai Pakatan Perubahan Sabah (PPS) baru-baru ini menyatakan hasrat ingin kembali ke parti itu.

Keinginannya itu telah dimaklumkan kepada bahagian menerusi Ahli Jawatankuasa untuk dipertimbangkan Pemangku Ketua Bahagian, Isnin Aliasneh.

Peniaga berasal dari Menumbok itu berhasrat untuk menyokong semula perjuangan BN, justeru dia akan kembali dalam Umno Bahagian.

Namun setakat ini belum ada maklum balas daripada Pemangku Ketua Bahagian Beaufort. Tetapi majoriti Ahli Jawatankuasa Bahagian dikatakan menyatakan sokongan mengenai hasrat Ahmad yang mendapat dorongan daripada abangnya seorang usahawan dan seorang peniaga tempatan yang bergelar Datuk.

Ahmad Said adalah di antara 15 orang Ajk Bahagian yang mengambil keputusan keluar Umno dan menyokong pembangkang melalui Pakatan Perubahan Sabah yang ditubuhkan oleh Datuk Lajim Ukin.

Tiada kenyataan rasmi daripada Ahmad, namun sumber Umno bahagian Beaufort menyifatkan ia satu perkembangan baik dalam usaha parti menarik semula pemimpin parti pulang ke pangkal jalan perjuangan yang didokong oleh rakyat Beaufort selama ini.

"Sekarang hanya perlu lampu hijau daripada pemangku ketua bahagian bagi mengesahkan kepulangan Ahmad ke dalam pangkuan Umno," jelas sumber itu.


No comments:

Post a Comment