Saturday 27 October 2012

ALASAN ‘USTAZ’ KAHWIN 11 KALI





KAJANG: “Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi malam semalam.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.



No comments:

Post a Comment