Sunday 14 October 2012

ANWAR SUKA MENIPU RAKYAT?





Oleh : DHIA DANIEL

KUCHING : “Tabiat suka menipu rakyat nampaknya terus dilakukan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Haji Fadillah Yusuf.

Beliau menjelaskan ini terbukti dengan dakwaan Anwar yang beliau (Fadillah) tidak lama lagi akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Nampak sangatlah dia tidak ada idea lain sehinggakan saya juga turut diheret sama dalam permainannya,” katanya selepas membuat lawatan ke rumah Haziman Leman di Taman Sri Wangi Matang.

Fadillah percaya tindakan Anwar itu akibat beliau sudah tersepit dengan keadaan janji yang gagal dikotakannya sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata orang tidak akan hairan dengan permainan politik Anwar itu kerana menurut rekod “menipu itu adalah kebiasaan” bagi beliau.

“Dari janji 16 September, dia tidak henti-henti untuk meracuni fikiran orang sehinggakan ada pula pusingan kedua sekarang,” tegasnya.

Fadillah memberitahu, orang ramai tidak usah hendak mempercayai kata-kata Ketua Pembangkang itu kerana ia adalah cubaan untuk memecah-belahkan perpaduan Barisan Nasional.

“Rakyat kita bijak dan tidak akan mudah tertipu dengan muslihat mereka. Anwar sebenarnya ini sudah terdesak dan tidak laku lagi di kalangan orang ramai,” katanya.

No comments:

Post a Comment