Friday 19 October 2012

BAGAIMANA GUNA ROYALTI MINYAK 20%?





Oleh :    ANDREW ONG
             
PAKATAN Rakyat Sabah melancarkan belanjawan alternatif yang membayangkan bagaimana kehidupan rakyat berpendapatan rendah boleh berubah sekiranya negeri itu menggunakan dasar royalti minyak negeri 20 peratus yang dicadangkan mereka.

Setiausaha PKR Sabah Dr Roland Chia berkata, Putrajaya sekarang membayar royalti RM800 juta setahun (5 peratus) kepada negeri di bawah bayu itu dan peningkatan 15 peratus lagi akan menjadikan jumlah itu RM3.2 juta.

"Tahun lepas, belanjawan negeri RM4 bilion. Dengan tambahan royalti minyak, kita bercakap tentang RM7.2 bilion. Dana tambahan ini boleh disalurkan kembali kepada rakyat," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Chia menjelaskan bahawa belanjawan alternatif itu bertujuan mempamerkan cadangan Pakatan untuk menaikkan pendapatan meningkatkan pendapatan boleh guna dan taraf sosio-ekonomi rakyat Sabah.

Antara lain, belanjawan itu juga menggariskan pemberian air percuma untuk 20 meter padu yang pertama seperti yang dilaksanakan di Selangor sekarang ini.

No comments:

Post a Comment