Thursday 4 October 2012

BAJET 2013, TIADA PERUNTUKAN KHAS UNTUK SABAH




Oleh: KREW SABAHKINI.NET

TUARAN : Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman menganggap pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Sabtu lepas, jelas telah tidak memberikan peruntukan khas bagi Negeri Sabah, meskipun sokongan rakyat di sini terhadap kerajaan tidak boleh dipersoalkan lagi.

"Sewajarnya pembentangan itu memberikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan peruntukan khas  agar dapat membantu rakyat di kedua-dua negeri ini menikmati kemajuan dan seterusnya mampu meningkatkan ekonomi kebanyakan penduduk yang masih diparas kemiskinan dan tinggal nun jauh di pedalaman."

Pengeusi Amanah Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih mengakui Negeri Sabah amat memerlukan peruntukan khas terutamanya membabitkan penyelesaian masalah di kawasan luar bandar; sepertimana yang diketahui bahawa negeri ini menyumbang beberapa hasil pendapatan negara dari minyak dan gas serta minyak kelapa sawit yang dikeluarkan dari negeri ini.

"Apalah penghargaan kepada sokongan Sabah yang dianggap sebagai 'Simpanan Tetap' oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN),walaupun pembentangan Bajet itu dilihat memberikan kesejahteraan kepada rakyat, tetapi malang bagi penduduk pelbagai kaum di negeri ini tiada perojek khas sebagai hadiah kepada sokongan jitu itu," kata Haji Ghulabdin yang juga seorang aktivis politik di negeri ini.

Sehubungan itu beliau menyokong kenyatan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang menganggap peruntukan Belanjawan itu tidak menyeluruh dan tidak adan penekanan khusus terhadap penyelesaian masalah rakyat Sabah; malah tidak ada projek khas bagi meningkatkan pembangunan di negeri ini.

"Yang ada cuma beberapa perkara sahaja iaitu Jelapang Padi di Kota Belud, Terminal Minyak dan Gas di Sipitang, Diskaun 50 peratus tambang feri antara Kota Kinabalu dan Labuan, 496 unit CCTV untuk 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara termasuk Sabah.

"Selain itu peruntukan membuka 57 Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan," kata Lajim dalam satu sidang Media di Kota Kinabalu pada selasa lepas.

Haji Ghulabdin percaya rakyat negeri ini akan sendirinya dapat menilai keikhlasan Kerajaan Persukutuan yang bukan sepenuhnya membantu Sabah, seolah-olah ingin melihat rakyat Sabah terus ketinggalan dari arus pembangunan negara.

"Belanjawan yang diumumkan Najib langsung tidak menyentuh pembinaan lebuh raya Pan Borneo dan sesungguhnya ia menghairankan kerana Sabah dan Sarawak adalah negeri pengeluar hasil minyak terbesar; tetapi kerajaan tidak memberikan peruntukan untuk membina jalan yang akan memberikan kemudahan kepada kedua-dua  negeri itu," kata Haji Ghulabdin lagi.

"Pembentangan Bajet yang kelihatannya tidak menyeluruh untuk memberikan pembangunan khusus di Sabah diharap tidak hanya akan gah sebagai tawaran kepada rakyat ketika semakin hampirnya Pilihanraya Umum (PRU) ke 13," kata Haji Ghulabdin lagi.

Haji Ghulabdin menyatakan, pemberian sumbangan kepada rakyat oleh sesebuah kerajaan adalah merupakan satu peranan yang harus dilakukan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjaawab, yang telah diberikan kuasa untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.


14 comments:

  1. bajet 2013 BN merangkumi semua aspek kebajikan rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Bajet 2013 ini tidak memihak kepada mana-mana tapi semua pun dapat sama rata dan adil.

      Delete
  2. apa2 pun masing2 mempunyai pandangan dan penilaian peribadi kepada bajet 2013 BN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, masing2 dengan pendapat mereka. yang penting perlaksanaan bajet dibuat dengan sebaiknya.

      Delete
  3. the measures introduced by the Federal Government under the 2013 Budget would definitely help Sabah, especially in the Sabah Development Corridor (SDC), to attract investments and narrow the socio-economic gap between Sabah and the rest of the nation.

    ReplyDelete
  4. According to him, the total cumulative investment committed under the private sector-led SDC projects, as at Sept 30 since the launching of SDC in 2008, has reached RM114 billion.

    ReplyDelete
  5. An amount of RM1.136 billion had also been disbursed out of the total RM1.39 billion under the Ninth Malaysia Plan (9MP) and Tenth Malaysia Plan (10MP) allocations which had been channelled to Sedia as of Sept 30

    ReplyDelete
  6. the measures introduced in aligning the SDC with the ETP, GTP and the 10MP coupled with the progress made in the implementation of SDC projects, especially SDC flagship projects such as the POICs in Sandakan and Lahad Datu, Sandakan Education Hub, Oil and Gas Clusters, Keningau Integrated Livestock Centre, Kinabalu Gold Coast Enclave, Sabah Agro-Industrial Precinct and Agropolitan Projects, have succeeded in boosting business confidence in Sabah.

    ReplyDelete
  7. These developments have encouraged more private investors to consider participating in new investment projects, Entry Point Projects (EPPs) and Public-Private Partnerships (PPPs) in Sabah

    ReplyDelete
  8. various investment totalling US$20 billion in oil and gas projects have been implemented in 2012 in Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap semua projek yang dilaksanakan berjalan lancar.

      Delete
  9. Kalaulah kamurang bukan orang Sabah, pasti kamu akan cakap kenapa pula Sabah saja mahu diberi keutamaan. Kmai pun mengundi juga lah... nnaa...

    ReplyDelete
  10. Kerajaan telah lakukan yang terbaik buat rakyat, jadi kita patut beri sokongan supaya semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  11. rata2 rakyat gembira dengan bajet yang diumumkan oleh PM.

    ReplyDelete