Friday 12 October 2012

BAYAR CUKAI ATAU TANAH DILELONG





SEMPORNA : Pemilik tanah di Sabah mesti menyelesaikan cukai tanah mereka sebelum hujung tahun ini bagi mengelak tindakan pihak berkuasa termasuk tanah dilelong.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Osman Jamal berkata tindakan tegas itu akan diambil bermula tahun depan.

"...tahun depan sesiapa yang tidak bayar kita akan ambil tindakan. Satu (bentuk tindakan) ialah lelong. Melelong tanah untuk membayar semua tunggakan cukai," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Beliau yang ditemui selepas majlis penyerahan geran tanah kepada 140 pemohon di kawasan Dewan Undangan Negeri Senallang, diminta mengulas mengenai pembayaran cukai tanah oleh pemilik di negeri ini.

Osman yang enggan mendedahkan bilangan mereka yang terbabit berkata pihaknya akan menghantar notis tuntutan kepada pemilik yang belum membayar cukai tanah mereka dan diberi masa tiga bulan untuk berbuat demikian. (Bernama)

6 comments:

  1. Nampaknya mereka yang membuat tanah sila bayar cukai tanah. Tapi jabatan tanah perlu mencari alternatif lain selain melelong tanah.

    ReplyDelete
  2. Penduduk kampung yang mempunyai tanah perlu diambil kira juga. Tanah tu diwarisi daripada nenek moyang. Sekiranya tindakan melelong tu pasti menimbulkan kemarahan penduduk Sabah

    ReplyDelete
  3. Jadi jika tidak mau tanah di lelong, buat pembayaran dengan segera.

    ReplyDelete
  4. byrlah cukai tanah, daripada kena lelong. tanah amat berharga sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.harga tanah tidak akan semakin susut ikut masa tapi makin bertambah mahal. sayang kalau dijual.

      Delete
  5. Ba..apa tunggu lagi. bayarlah kalau tidak mau tanah dilelong.

    ReplyDelete