Saturday 13 October 2012

BMF RAYU SOKONGAN RAKYAT SABAH



 




BRUNO Manser Fund (BMF) menggesa rakyat Sabah memberikan mereka surat kuasa wakil (Power Of Attorney) untuk mengukuhkan kes terhadap bank Switzerland UBS yang turut berkait dengan dakwaan pengubahan wang haram melibatkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

"BMF memerlukan sokongan kuat rakyat Malaysia dari Sabah. Kami dengan ini mengundang anda semua menandatangani surat kuasa wakil dan mengembalikannya kepada BMF dengan segera.

"Lebih banyak tandatangan, akan lebih kuat kes kita," kata Pengarah BMF Lukas Straumann dalam kenyataannya semalam.

Katanya, tiada sebarang kos dikenakan dengan menandatangani persetujuan itu.

"Ia hanya menunjukkan kami merestui kes itu dan membenarkan BMF mewakili kepentingan kamu terhadap UBS dalam isu itu.

BMF pada 29 Ogos lalu memulakan kes terhadap UBS dengan mendakwa terdapat aktiviti pengubahan wang haram yang dikatakan turut berkait dengan Musa dan kroninya.

Musa bagaimanapun menafikan segala dakwaan terhadapnya.(MKINI)


No comments:

Post a Comment