Monday 15 October 2012

BN TERUS TERIMA SOKONGAN RAKYAT SABAH





KUDAT : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata puluhan ribu rakyat Sabah membanjiri program turun padang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Musa berkata program turun padang pemimpin itu bukan sekadar berhujah, berceramah dan "tidak dengan tangan kosong" berbanding sikap pembangkang.

"Beribu-ribu rakyat hadir membanjiri program turun padang dan kita harus bersyukur, berterima kasih ada pemimpin yang mendokong semangat janji ditepati dan prihatin nasib rakyat di seluruh pelusuk negara termasuk di Sabah," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Sukan Kudat di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata Sabah akan terus menjadi sebuah negeri yang maju di bawah kerajaan BN berdasarkan pelbagai pelaksanaan program pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, Belanjawan 2013 yang memperuntukkan RM386 juta untuk penyeragaman harga di Sabah dan Sarawak dan Jelapang Padi di Kota Belud membuktikan kerajaan prihatin dan dapat merasai denyutan nadi rakyat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment