Friday 5 October 2012

CURI BUAH SAWIT DI TANAH SENDIRI?




Oleh : GALUS AHTOI

PETANG kelmarin, 4 Oktober 2012, Hakim Mahkamah Tinggi 2, Kota Kinabalu (Hakim baru) telah menolak permohonan rayuan Puan Dariah @ Assanah Bte Bangusan (bertudung) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Magistrate di Daerah Pitas yang telah mensabitkan beliau atas kesalahan di bawah Seksyen 379 (Mencuri), Kanun Keseksaan dengan denda sebanyak RM2,000 pada 20 Julai 2012.

Bagaimanapun, Hakim tidak membuat sebarang keputusan berkaitan dengan isu Tanah Adat (NCR).

Puan Dariah telah menduduki dan mengusaha tanahnya di Kg. Mampakad Darat dalam Daerah Pitas dan telah diceroboh oleh orang lain yang kemudiannya menanam Kelapa Sawit. Banyak laporan Polis telah dibuat oleh Puan Dariah tetapi tidak diendahkan.

Puan Dariah kemudian telah 'sengaja menombak' buah kelapa sawit tersebut (Lebiih kurang 100 Kg) dan diletakkan di kawasan halaman rumahnya atas tujuan supaya pihak penceroboh datang untuk berunding.

Puan Dariah kemudian ditangkap oleh Pegawai Polis Daerah Kota Marudu dan seterusnya didakwa atas Seksyen 379. Pada kali pertama pertuduhan dibacakan kepadanya, beliau tidak mengaku bersalah. Selepas itu, kerana desakan dan pujuk rayu oleh pihak Polis, beliau kemudianya telah membuat pengakuan bersalah.

Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kesaksian/Nota Prosiding (NoP) di Mahkamah Magistret di mana Puan Dariah "telah mengaku bersalah dan minta hukuman diringankan" (Sebenarnya, menurut Puan Dariah dia telah dipaksa dan diugut oleh pihak Polis supaya membuat pengakuan bersalah).

Puan Dariah telah memfailkan Rayuannya melalui Peguam Datuk Kong Hong Ming. Kes Tanah Adat (NCR) Puan Dariah akan diteruskan.

(Pengajaran: Jangan sekali-kali membuat kenyataan berdasarkan hasutan atau pujuk rayu pihak tertentu!)

No comments:

Post a Comment