Tuesday 30 October 2012

DOKUMEN TIDAK LENGKAP PUNCA BAYARAN LEWAT





KENINGAU: Kelewatan pembayaran tuntutan kontraktor berpunca daripada dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh pihak kewangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah (PPNS) tidak lengkap.

Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Datuk Haji Matusin Sunsang berkata, jika terdapat kesilapan teknikal atau dokumen yang dikemuka oleh pihak kontraktor semasa membuat tuntutan pembayaran projek tidak lengkap ia menyebabkan pembayaran tidak dapat dibuat mengikut tempoh yang dikehendaki.

Katanya, kesilapan teknikal dan dokumen berkaitan tidak lengkap berlaku sama ada kelemahan di pihak kontraktor dan pihak Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana.

“Apabila berlaku kesilapan teknikal dan dokumen tidak lengkap terhadap tuntutan kontraktor yang dikemukakan kepada pihak kewangan PPNS sudah pasti ia lewat dibayar kerana dokumen akan dikembalikan untuk semakan Pejabat Daerah,” katanya kepada media dalam siri lawatannya di daerah ini baru-baru ini.

Justeru itu katanya, kedua-dua pihak iaitu pihak kontraktor dan Pejabat Daerah perlu meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntutan pembayaran projek sebelum dikemukakan kepada pihak kewangan PPNS.

Ini katanya, bagi memastikan tuntutan kontraktor dibayar mengikuti tempoh yang telah ditetapkan.

Menurut Matusin, pihak kewangan PPNS akan membuat pembayaran tuntutan kontraktor dalam dua tiga hari atau selewat-lewatnya dua minggu jika dokumen yang dikehendaki oleh pihak kewangan dikemukakan dengan lengkap.

“Dakwaan pihak tertentu yang mengatakan tuntutan kontraktor lewat dibayar kerana kerajaan tidak cukup wang adalah tidak benar. Kita mempunyai wang yang cukup untuk membiayai projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan,” tegas Matusin.

Dalam hal ini Matusin meminta pihak kontraktor supaya lebih teliti dan melengkapkan dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum mengemukakan dokumen tuntutan kepada pihak Pejabat Daerah. (NST)

15 comments:

  1. Kelemahan ini harus diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
  2. Incomplete document should bring it up-to-date.

    ReplyDelete
  3. pihak kontraktor dan Pejabat Daerah perlu meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntutan pembayaran projek sebelum dikemukakan kepada pihak kewangan PPNS.

    Prompt up the documents matter to resolve the issue efficiently.

    ReplyDelete
  4. Semoga pembayaran dapat dibuat mengikuti prosedur dan tempoh yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  5. Kontraktor bertanggung jawab melengkapkan dokumen tersebut.

    ReplyDelete
  6. Surveyors should play a key role in the construction industry and in the development of Sabah

    ReplyDelete
  7. CM Musa Aman said these professionals were vital to the property and construction sectors as they identified land, calculated the cost of construction, made appraisals of developments and analysed the viability of projects.

    ReplyDelete
  8. government was aware of the efforts from professional institutions and associations, including RISM, to improve the state’s economy, and was grateful to their contribution.

    ReplyDelete
  9. the government was open to suggestions from professional bodies to improve the delivery system, and willing to listen to feedback and constructive criticisms and get the relevant authorities to work with RISM on resolving issues involving their profession

    ReplyDelete
  10. Sabah is undergoing unprecedented development whereby many economic sectors are also developing in tandem

    ReplyDelete
  11. kena pastikan dokument sentiasa lengkap.

    ReplyDelete
  12. dokument lengkap, pembayaran pn cepat.

    ReplyDelete
  13. kalau apply apa2 kerja ka bantuan, gerenti borang yang tidak lengkap akan terus reject.

    ReplyDelete
  14. Maksudnya tiada berlaku penyelewengan dalam perkara ni.

    ReplyDelete