Saturday 27 October 2012

DUA PEMANDU BAS PELANCONG POSITIF DADAH





KOTA KINABALU : Dua pemandu bas pelancong dikesan positif dadah semasa Operasi Bersepadu Kementerian Pelancongan Malaysia di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kimanis, Papar.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sabah Nely Nasir berkata pihaknya kini menunggu laporan penuh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berhubung kes dua pemandu pelancong itu.

"Jika didapati pemandu terbabit benar-benar positif dadah, pihak kami akan menjalankan audit terhadap syarikat (tempat mereka bekerja), kerana hanya seorang pemandu dibenarkan memandu lapan jam sehari," katanya pada sidang media di pejabatnnya.

Operasi dua hari bermula Jumaat itu turut melibatkan JPJ Sabah, polis, AADK, Jabatan Imigresen dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah.

Nely berkata daripada 35 kesalahan yang dikesan dalam operasi itu, 16 syarikat pelancongan didapati gagal mengemukakan senarai nama penumpang dan jadual perjalanan yang teratur. (Bernama)

No comments:

Post a Comment