Tuesday 2 October 2012

FELDA Vs ANAK NEGERI DI SABAH




Oleh : GALUS AHTOI

PERBICARAAN tiga kes melibatkan Tanah Adat (NCR) akan didengar di Mahkamah Tinggi Tawau pada 8 Oktober 2012 ini bagi mendapatkan keadilan untuk Anak Negeri Sabah yang terpaksa bertarung di mahkamah setelah dizalimi kerajaan Barisan Nasional.

Kes Tanah Adat (NCR) tidak ada warna Politik, Agama atau Bangsa.  Ia melibatkan Anak Negeri dan Tanah Adat (NCR)! Tiga kes ini adalah berkaitan dengan FELDA dan pemberian geran kepada orang lain; walaupun tanah tersebut sudah dikenalpasti ada hak atas Tanah Adat (NCR) oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur sendiri.

Peguam penyelamat Tanah Adat (NCR), Datuk Kong Hong Ming akan mewakili ketiga-tiga kes ini.

Penuntut tanah yang terlibat mempelawa agar Anak Negeri di Tawau dan sekitarnya dapat datang memberi sokongan sambil belajar dan memahami kes Tanah Adat (NCR) pada 8 Oktober 2012 di Mahkamah Tinggi Tawau.

Semoga pintu Bangunan Mahkamah Tinggi Tawau tidak lagi 'DITUTUP" untuk menghalang Orang Asal yang terlibat dalam kes ini masuk mengikuti perbicaraan ini sepertimana yang berlaku semasa kes Kg. Serudung Laut tempoh hari.

19 comments:

  1. Sebelum ini warga Kg. Lakang, Paitan, Beluran telah berjaya mendapatkan hak tanah mereka semula melalui Peguam Pakar NCR, Datuk Kong Hong Ming. Tabik kepada peguam ini kerana sekali lagi membantu penduduk yang tertindas.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada ramai peguam seperti Datuk Kong HM kan bagus..

    ReplyDelete
  3. Semoga kes kali ini juga akan berjaya. selamat bnerjuang kepada penduduk dan peguam Kong Hong Ming.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu saja mengenai keputusan mahkamah terhadap kes NCR ini. Keputusan mahkamah adalah muktamad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, biarlah mahkamah yang menentukannya.

      Delete
  5. Mahkamah tidak akan menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan selalunya berdasarkan daripada bukti dan juga kenyataan saksi. Jadi kita lihat siapa yang akan menang.

    ReplyDelete
  6. Isu NCR ini semakin hangat diperkatakan di Negeri Sabah ini. Terutama sekali dari pihak pembangkang. Maka berhati-hati dengan permainan yang direka-reka oleh pembangkang untuk mencari sokongan.

    ReplyDelete
  7. The land issue will still be the hottest issue in Sabah.

    ReplyDelete
  8. Land issues are become one of the most bringing issue in the court now.

    ReplyDelete
  9. Between Osman and several others, which is the standing on the right indication about LAND ORDINANCE?

    ReplyDelete
  10. This issue will prolong if there is no one who come up and said the truth.

    ReplyDelete
  11. Satu unit khas, yang pertama dditubuhkan di Sabah ini untuk menyelesaikan masalah tanah adat di Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unit khas yang igelar 'Unit PANTAS NCR' dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November.

      Delete
    2. Di Sabah, tidak ramai yang tahu prosedur permohonan tanah, jadi melalui unit Khas rakyat Sabah boleh dibantu dalam isu tanah adat

      Delete
    3. Jabatan Tanah berharap untuk tampil dengan strategi tentang cara terbaik untuk menangani masalah tanah adat yang menjejaskan penduduk tempatan, khususnya bumiputera di Sabah

      Delete
    4. Diharap dengan adanya unit khas tu dapat memberi manfaat kepada penyelesaian Tanah Adat di Sabah

      Delete
    5. Rakyat sendiri juga harus faham prosedur permohonan tanah agar tidak terkena perangkap.

      Delete
  12. Isu rampas tanah ini amat merisaukan. Banyak tukar milik tanpa dikesan.

    ReplyDelete