Monday 8 October 2012

FUTSAL MELONJAK KECERDASAN MINDA






CENDERAHATI….Liew sedang menerima cenderahati kenangan daripada pengerusi penganjur kejohanan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto :SAFFIE S JUMADI

PENGLIBATAN sukan di kalangan belia dan remaja bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan kita, bahkan untuk memberikan kecerdasan otak dan minda kita untuk berfikir ke arah positif.

Selain itu, melalui penyertaan sesuatu sukan yang pertandingkan, contohnya  Futsal yang dianjurkan oleh mana-mana penganjur  menjurus  kepada  memupuk semangat perpaduan di kalangan ahli-ahli sukan setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan  Futsal 1 Belia 1 Malaysia Peringkat Parlimen Sandakan,  anjuran Kelab Futsal Sandakan yang diadakan di Gelanggang Futsal, Taman Damai, Batu 4, Jalan Utara kelmarin.

Liew berkata untuk meningkatkan mutu kesukanan Futsal kerajaan melalui  Kementerian Belia dan Sukan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina  sekurang-kurangnya dalam satu kawasan Parlimen yang merangkumi dua DUN sebanyak empat buah gelanggang Futsal yang menelan perbelanjaan  RM100,000 setiap satu gelanggang.

"Saya difahamkan sebanyak 10 pasukan Futsal yang ada di daerah ini telah menyertai kejohanan  Futsal tersebut dan saya berharap mutu sukan ini dapat ditingkatkan melalui lonjakan prasarana," kata V.K.Liew lagi.

Sementara dalam ucapan penutupan Kejohonan Futsal tersebut yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah antara lain memuji jawatankuasa penganjur dan ahli-ahli Kelab Futsal Parlimen Sandakan kerama sanggup  mengorbankan  masa dan bertungkus lumus untuk menjayakan kejohanan Futsal berkenaan.

Kata Au, dengan adanya  penglibatan para remaja dan belia yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang bukan sekadar untuk menyihatkan tubuh badan, bahkan dapat menjauhi aktiviti-aktiviti songsang yang tidak berfaedah.

“Saya difahamkan pasukan  yang dinobatkan sebagai johan dalam perlawanan ini akan mewakili kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia ke peringkat parlimen kebangsaan pada pertengahan November ini,” jelas Au lagi yang mengucapkan syabas dan tahniah.

Sebanyak 10 pasukan Futsal yang terbahagi dua kategori ialah NGO dan Terbuka iaitu Kelab Sukan Lian Hua, Persatuan Hin Ann Sandakan, Persatuan Hiau Fu, GBBM Villa Permai Jaya, Persatuan Chong Shan, Sim-Sim Junior, Pasukan Muraqabah FC, Kee United FC, Ramah KF dan Pasukan Kg Berhala Darat KC.

Johan kategori terbuka  Kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia disandang oleh pasukan Sim-Sim Junior mereka telah menerima piala, sijil dan wang tunai.

Sementara Johan kategori NGO Kejohanan tersebut disandang oleh pasukan  Persatuan Siau Fu mereka menerima sijil, piala dan wang tunai daripada pihak penganjur.


No comments:

Post a Comment