Tuesday 2 October 2012

FUTSAL PARLIMEN SANDAKAN 7 OKTOBER





AJK….Gambar Barisan Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Futsal Parlimen Sandakan 2012.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEJOHANAN Futsal 1 Belia 1 Malaysia Peringkat Parlimen Sandakan 2012 anjuran Pejabat Ahli Parlimen Sandakan akan diadakan pada 7 Oktober ini bertempat di Gelanggan Futsal Pasaraya Batu 4, Jalan Utara Sandakan.

Pengerusi penganjur kejohanan tersebut, Lim Jin Dak menjelaskan tujuan mengadakan kejohanan tersebut selain merebut piala kejohanan Ahli Parlimen Sandakan di samping merupakan aktiviti acara tahunan yang menjurus kepada meningkatkan mutu kesukanan futsal daerah Sandakan.

Katanya lagi, bagi pasukan yang dinobatkan sebagai johan dalam perlawanan ini nanti bakal mewakili Kejohanan Futsal Peringkat Parlimen Sandakan ke kejohanan peringkat parlimen kebangsaan.

Lim berkata sebanyak lebih 14 pasukan Futsal yang datangnya dari pelbagai tempat bakal berantap di gelanggang untuk menggondol Piala Kejohanan Parlimen Sandakan.

Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong dijanga akan menyempurnakan kejohanan tersebut pada jam 8.00 pagi. Orang ramai adalah dijemput menyaksikan kejohanan sengit itu pada hari tersebut.



No comments:

Post a Comment