Wednesday 3 October 2012

INJUNKSI SENARAI HITAM MYKAD PROJEK!



Saudara Pengarang,

SAYA berpendapat, jika ada bukti yang kukuh, senarai nama pemilik dan salinan MyKad projek yang disahkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara; kita boleh mendapatkan Injunksi Mahkamah dan Kaveat penggunaan MyKad mereka agar dapat diedar kesemua agensi kerajaan dan bank-bank supaya mereka tidak boleh gunakan MyKad yang diperolehi secara haram.

Jika Citos dan CCRIS, sebagai agensi bukan kerajaan boleh digunapakai untuk tujuan perbankan, kenapa tidak ada pemimpin Sabah yang benar-benar ingin berjuang menyediakan institusi khusus; setaraf dengan CITOS atau CCRIS menyenarai hitam MyKad PATI agar tidak diterima bank dan institusi kewangan.

Setelah MyKad mereka disenarai hitam, maka mereka akan mengalami pelbagai kesulitan dan akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mengemaskinikan rekod mereka; sama ada diproses atau dibatalkan.

Mungkin tidak keterlaluan jika disyaratkan dalam Injunksi Mahkamah bahawa mereka yang tidak tampil memperbaharui MyKad Projek mereka dalam tempoh tiga bulan, secara automatik MyKad mereka akan terbatal.

Sekian, terima kasih

Salam Hormat,

BORNEOBLOODFREEDOM

No comments:

Post a Comment