Wednesday 10 October 2012

ISU PENGUNDI DI SABAH, ISU PEMBANGKANG





Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Isu pengundi di Sabah yang dibangkitkan dalam kaji selidik Merdeka Centre adalah isu pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Bekas Perdana Menteri yang pernah mentadbir negara ini selama 22 tahun berkata, disebabkan pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, pembangkang juga akan menggunakan semua perkara untuk dijadikan isu.

"Isu-isu yang dibangkitkan itu isu pembangkang. Pilihan raya (umum) dah dekat ... jadi semua benda mereka akan jadikan isu," katanya kepada pemberita.

Dalam laporan kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center sebelum ini mendapati jumlah pengundi yang merasakan Sabah berada di landasan betul semakin menurun semenjak 2009.

Merdeka Center juga turut menjangkakan, peningkatan kebimbangan dikalangan rakyat Sabah itu boleh dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kata tinjauan tersebut lagi.

Menurut Merdeka Center, hanya 54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang berada di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus dalam tinjauan dilakukan pada November 2009.

53 peratus dari pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi di negeri kubu kuat BN, mengesahkan keputusan perdana menteri untuk mengadakan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) bagi menyiasat perkara ini.

"Antara lima sebab penurunan sokongan kerana kekurangan pembangunan ekonomi dan infrastruktur serta kos hidup yang meningkat," kata Merdeka Center.

"Tinjauan juga menunjukkan ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan politik serta masalah pendatang tanpa izin."

Dalam bancian 2010 dalam negeri Sabah menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 kepada 3,120,040 penduduk di Sabah pada 2010 - melebihi dua kali ganda dari pertumbuhan penduduk negara iaitu sebanyak 164 peratus.

Dari 3.12 juta penduduk Sabah hari ini, 27 peratus daripadanya adalah pendatang asing.

Menurut tinjauan, 87 peratus bersetuju dengan penubuhan RCI berkenaan isu pendatang tanpa izin.

Tetapi Merdeka Center turut mengatakan cuma 54 peratus sahaja yang yakin dengan suruhanjaya itu dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mengatakan beliau sudah nyanyuk, Dr Mahathir dilihat enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya menyerahkan perkara itu kepada Tony Pua.

"Biarlah dia nak kata apa pun, terpulang kepada dia (Tony)," katanya menjawab soalan pemberita.(TMI)

5 comments:

  1. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata kecenderungan pihak pembangkang untuk memutarbelitkan fakta dan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional di Sabah tidak melakukan apa2 adalah mencerminkan gaya tidak matang politik mereka.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan BN telah menjelaskan bahawa kerajaan menjalankan banyak usaha untuk merangsang pembangunan di Sabah, tetapi pembangkang terus menafikannya.

    ReplyDelete
  3. Pembangkang lebih rela berjanji untuk memberi rakyat bulan dan bintang walaupun ia hanya gimik politik dan janji-janji kosong saja.

    ReplyDelete
  4. Najib urges Sabah UMNO and BN members to stay loyal to the party's struggles under Musa's leadership and not too obsessed with positions

    ReplyDelete
  5. In Selangor, the government promised to give allowance to single mothers and senior citizens, free water among others but were not fulfilled

    ReplyDelete