Sunday 14 October 2012

ISU TANAH ADAT KE SIDANG DUN 22 OKTOBER





PENAMPANG : Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah akan memperjelaskan secara terperinci isu berkaitan orang asal dan tanah adat dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 22 Okt ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata penjelasan itu penting supaya pembangkang tidak sewenang-wenangnya dapat menggunakan isu itu untuk memutar-belit, mengelirukan dan mengaburi mata rakyat.

Misalnya, katanya, kerajaan negeri telah memberhentikan persempadanan semula hutan simpanan kerana didapati wujud percanggahan dengan tuntutan tanah adat tersebut.

Musa berkata kerajaan negeri telah mengambil pendekatan menukar status tanah hutan simpanan kepada tanah milik kerajaan supaya penduduk pribumi yang tinggal di kawasan itu untuk sekian lama diberi geran komunal.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong berharga RM9.05 juta di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, Sabtu.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (Bernama)

No comments:

Post a Comment