Thursday 4 October 2012

JAKOA GAGAL FAHAMI UN-DRIP?




SETELAH melihat usaha Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) tidak putus-putus memujuk Batin-Batin Orang Asli agar menerima kerja-kerja ukur tanah untuk proses pemberi milikan tanah secara individu, tanpa menunggu keputusan atau syor-syor penyelesaikan konflik Tanah Orang Asli dari Inquari SUHAKAM, JAKOA dianggap gagal mengikut In-MABT yang terkandung dalam UN-DRIP, iaitu berasaskan Izin, Maklumat, Awal, Bebas dan Telus.

Sekali lagi buku ini serahkan kepada Pegawai JAKOA Daerah Temerloh, Dalia Permit, agar selepas ini JAKOA, menunaikan janji bersumpah yang dilafazkan oleh Tim KP JAKOA Malaysia, Nisra, semasa Inquiri Nasional Selangor yang bertempat di Ibu Pejabat SUHAKAM.

Buku yang sama juga pernah di serahkan kepada Pengarah JAKOA Pahang, Mhd Isa Hamid pada Inquiri Nasional Pahang di Temerloh pada 17 Jun 2012.

Dalia tanpa segan silu berkata; "Istilah adat, adat perkahwinan, contoh adat pertunangan juga penceraian, itu dipanggil adat.. adat kita nak mengebumikan orang, adat kita apa lagi? Ha... itu di panggil adat tapi kalau kita perjuangkan tanah, itu cerita tanah lah.. bukan adat.”

Kata-kata beliau ini mengambarkan pendirian sebenar JAKOA terhadap Orang Asli, sekaligus yang menyusahkan Orang Asli selama ini kerana banyak kehilangan Tanah Adat setelah JAKOA sendiri gagal memahami istilah tersebut.

Walaupun Mahkamah telah mengiktiraf Orang Asli ada hak terhadap Tanah dan Wilayah Adat, seperti Bukit Tampoi di Selangor dan Adong Kwau di Johor, namun JAKOA kehilangan deria kerana tidak punya perasaan peri kemanusiaan.(Shafie Dris-Jah Het)

No comments:

Post a Comment