Tuesday 30 October 2012

JAMBATAN SUNGAI PEGALAN SUDAH DITENDER





SERAH.....Antodin Gandis cawangan Kg.Makaniton menyerah borang keahlian.

Oleh: JACKSON LU


TENOM: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh menegaskan bahawa adalah menjadi harapannya agar kerajaan dapat mempercepatkan perlaksanaan projek pembangunan infrstruktur terutama menaiktaraf beberapa batang jalanraya dikawasan Dun Melalap termasuk permohonan untuk membina jalanraya menghubungkan antara Tenom ke Rayoh dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, beberapa cadangan pembangunan telah pun dikemukakan kepada kerajaan sebelum ini namun beliau kesal sedikit kerana pelaksanaannya tidak dapat dimulakan sebelum kelulusan mutlak diperolehi daripada kerajaan.

“Bila kelulusan lewat diterima menyebabkan ada sesetengah rakyat tidak faham mengapa ia terlalu lewat (tetapi) kita juga kena faham mereka ini kerana mereka juga memerlukan pembangunan yang pesat. Jadi kita kenalah turun padang fahamkan mereka,” kata beliau dalam satu majlis pemimpin bersama rakyat di Kg Sangkul Pulong baru-baru ini.

Katanya, sungguhpun beberapa permohonan pembangunan itu lewat sampai untuk dilaksanakan, namun ia tidak bererti rakyat di sesuatu kawasan terus terhenti untuk mengemukakan permohonan pembangunan mereka malahan pejabat beliau terus menerima semua permohonan yang dikemukakan.

Beliau yang juga merupakan Adun kawasan Melalap seterusnya berkata, beliau gembira mendapat tahu bahawa projek pembinaan jambatan merentangi Sungai Pegalan di Kg Natanduan, sebagai jalan pintas untuk menghubungi Taman Pertanian Sabah di Lagud Sebrang telah pun selesai ditender di mana kerja-kerja pembinaan boleh dimulakan pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, ketika menyentuh Belanjawan Negara tahun 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini bersifat lebih mesra rakyat kerana ia menfokuskan kepada kepentingan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

“Kenapa kita katakan mesra rakyat kerana belanjawan itu berupaya mengurangkan bebanan rakyat dari aspek kos sara hidup di mana semua harga barangan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diseragamkan.

“Kita berharap agar agensi kerajaan yang ditugas mengawal harga barang supaya terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa supaya kesempatan ini tidak dimanipulasikan oleh pihak yang mencari kepentingan, seterusnya menjadi bebanan kepada golongan berpendapatan rendah, ” tegas Radin.

Di akhir majlis itu Radin turut menerima penyertaan ahli baru untuk menyertai PBS seramai 35 orang yang diketuai Antodin Gandis dari Makaniton dan Murni Undau Kg Sangkul Pulong. Turut hadir dimajlis itu, Robert Samih (Pengerusi Penganjur), Kapitan Liew Foh Sin, Stanis Buandi, Kapitan Chong Thau Yun, Kapitan Voo Chung Hing, Simon Mamat dan Mollin Haji Morris.

19 comments:

  1. Projek naik taraf harus diiteruskan.

    ReplyDelete
  2. Bujet 2013 harus dikendali dengan bijak untuk membawa ekonomi berkembang pesat.

    ReplyDelete
  3. Pengendalian projek juga memerlukan masa. Semoga rakyat sabar menunggu.

    ReplyDelete
  4. Turun padang dan memahami keadaan sebenar dan mengambil langkah yang wajar.

    ReplyDelete
  5. Projek harus diberi kepada kontraktor yang benar bertanggung jawab, banyak juga projek mengalami kegagalan sebab kontraktor yang tidak bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  6. They must be responsible and complete the projects according to procedure and stipulated work order to fulfill the trust given by the government in upgrading public amenities

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga projek diberi kepada kontraktor yang benar bertanggung jawab.

      Delete
  7. the shoddy work would impact negatively on the people using the facility in question, especially in the rural areas.

    ReplyDelete
  8. Rural and Regional Development Ministry has allocated RM41mil for basic infrastructure projects including water, electricity and roads in Kunak district.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga peruntukan yang disalurkan akan digunakan dengan wajar.

      Delete
  9. RM16mil water supply project in Kampung Tingkayu and RM10.68mil Kampung Tanah Rata water project

    ReplyDelete
  10. Shafie also announced RM350,000 allocation for the construction of rural roads in seven kampungs with each receiving RM50,000

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah pembangunan dan projek naik taraf diberi perhatian.

      Delete
  11. WR rakyat harus pantau projek yang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  12. Baguslah perhatian diambil untuk membaiki taraf kehidupan.

    ReplyDelete
  13. moga projek ini berjalan lancar.

    ReplyDelete
  14. Daripada bajet 2013, Sabah akan memperolehi RM2.2 bilion daripada projek jalan raya. Kira-kira RM100 juta daripadanya akan diberi menjelang akhir tahun. Ia juga dijangka untuk mendapatkan kira-kira satu perempat daripada RM140 juta untuk membangunkan jelapang padi seluas 5,000 hektar di Kota Belud, kira-kira 60km dari Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  15. Kira-kira RM386 juta untuk Sabah, Labuan dan Sarawak untuk menubuhkan 57 kedai rakyat 1Malaysia yang menjual barangan lebih rendah harga untuk membantu mengekalkan harga pengguna rendah.

    ReplyDelete
  16. Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah mengalu-alukan bajet Najib menyifatkannya dengan sebagai "sangat penyayang, jujur ​​dan realistik".

    ReplyDelete