Wednesday 3 October 2012

JANGAN ABAIKAN KEPENTINGAN RAKYAT





KENANGAN...Dato Sri Nasir (duduk tengah); Haji Tahir Amir (duduk kanan) dan OKK Sabaani (duduk kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama empat orang Ketua Kampung yang baru dilantik.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tidak berlepas tangan untuk menangani masalah rakyat; sebaliknya bertanggungjawab melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh kerajaan.

Katanya, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK merupakan mata dan telinga kerajaan dan dilantik sebagai penjawat awam untuk berkhidmat kepada masyarakat serta penduduk kampuong tanpa bersikap pilih kasih dan tidak mengamalkan birokrasi.

Ujarnya lagi, tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang didapati menyalahguna kuasa dan tidak bertanggungjawab menjalankan tugas dan amanah kerajaan.

Nasir berkata, beliau kesal segelintir Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang tidak tinggal dalam kampung mereka dan membiarkan masalah kampung terabai sehingga menimbulkan persepsi tidak baik kepada kerajaan.
Ujarnya, selaku pemimpin di peringkat kampung mereka perlu membantu kerajaan menyampaikan maklumat dua hala dari rakyat kepada kerajaan dan dari kerajaan kepada rakyat dan bukannya terikut-ikut memburukkan kerajaan.

Nasir berkata, peranan pemimpin peringkat kampung ini bukanlah jawatan untuk kepentingan pribadi, mahupun tempat mencari kesempatan tetapi mereka perlu menyampaikan masalah yang dihadapi rakyat kepada pihak kerajaan untuk diambil tindakan sewajarnya.

Mereka harus menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan yang tepat untuk pengetahuan masyarakat kampung supaya rakyat di peringkat akar umbi tidak mudah menerima propaganda pihak tertentu yang sering menangguk di air yang keruh.

Nasir berkata demikian sempena Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Kampung bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri N.53 Senallang kepada empat orang penjawat.

Perlantikan baru itu dilaksanakan bagi mengganti dan mengisikan kekosongan di empat buah kampung kawasan DUN itu. Lantikan itu diwatikahkan kepada Zakariah Ammat; Hussin Hj.Ab.Salim; Naby Bin Ajak dan Haji Yussof Jalal.

Hadir sama sempena majlis ringkas itu Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan Jalaludin; Pegawai Perhubungan DUN Senallang, Haji Zainal Jalaludin; AJK Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Abd.Malik Haji Tahir dan kakitangan UPKR Senallang.

Nasir berkata, pemimpin peringkat kampung juga harus mempunyai sikap yang tegas dan tidak terikut-ikut memburuk-burukkan kerajaan yang telah beramanah kepada mereka menjaga serta mentadbir kampung.

Sehubungan itu, pihaknya sedang memantau pemimpin peringkat kampung terutamanya Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang terlibat memburuk-buruk kerajaan dan yang tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Nasir menjelaskan, laporan itu bukan sahaja daripada penduduk kampung malah melibatkan laporan pemantauan daripada agensi-agensi kerajaan sendiri.

10 comments:

  1. Secara umumnya, peranan utama Ketua Kampung ialah menyelesai masalah2 yg bersabit dgn prkara sosial yg berlaku di kg mereka merangkumi hal2 rumahtangga, pertelagahan sesama pnduduk, kes2 curi dan pelbagai jenayah ringan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan usaha bagi membantu rakyat dan jangan abaikan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat.

      Delete
  2. Mereka juga bertanggungjawab utk membuat pengesahan kelahiran bayi - bagi tujuan permohonan surat beranak dan pengesahan kematian - utk tujuan penyediaan surat mati oleh pihak JPN , pendaftaran perkahwinan, pengesahan permohonan tanah dll.

    ReplyDelete
  3. ketua kampung dan pengerusi JKKK perlu laksanakan tugas mereka dengan amanah.

    ReplyDelete
  4. People in Kampung Tambatuon are thankful to the Government for listening to them on the issue of the Tambatuon Dam.

    ReplyDelete
  5. Pairin said the Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is good to see that people, especially those with an income of less than RM3,000 per month, are coming to get the aid given by the Government in order to lift their burden in providing for their daily needs

      Delete
  6. Prime Minister who possesses a dynamic character as well as strategic planning never ceases to stir the direction of the people's lives towards a more developed level.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the new approach under our Prime Minister's administration such as the creation of the '1Malaysia, People First, Performance Now' slogan has brought refreshing meaning to the unity as well as development of this country

      Delete
  7. The Barisan Nasional will ensure that the people’s welfare and needs will be fulfilled if it is returned to power in the next general election

    ReplyDelete