Friday 12 October 2012

JANJI GERAN TANAH KINI TELAH DITEPATI





SAMPAIKAN.......Dato Sri Nasir (tiga kiri) bersama Datuk Osman Jamal (empat kanan); Datuk Ramlee Marahaban (dua kiri) dan A.M.Ibnu (kiri) menyampaikan geran tanah kepada Mansur Santiri (kanan) sempena majlis penyampaian geran tanah bagi kawasan DUN Senallang, Semporna.
                       
Oleh: ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA :  Seramai 140 orang  penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri Senallang merasa lega dan gembira serta mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas  menerima geran tanah dalam majlis Penyampaian Geran Tanah di sini setelah menunggu sekian lama dan permohonan mereka diluluskan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, berkata, tanah-tanah tersebut memang sudah lama mereka usahakan, namun disebabkan banyak perkara yang perlu diteliti dan diperhalusi Jabatan Tanah dan Ukur; maka baru hari ini geran dapat  diserahkan kepada pemohon yang diluluskan.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, menjelaskan setakat ini terdapat lebih 4,000 permohonan bagi daerah Semporna, namun masih lagi dalam penelitian.

Ujarnya lagi, tidak bermakna semua permohonan itu akan diluluskan memandangkan  sesetengah kawasan yang dipohon termasuk dalam kawasan hutan simpan atau tanah kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau menerangkan kira-kira 60 orang pemohon lagi yang diberikan kelulusan permohonan tanah  dijangka akan menerima geran mereka dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian sempena majlis Penyampaian Geran Tanah bagi Kawasan DUN Senallang di Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah, Daerah Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Ahli Dewan Undanagan Negeri (Adun) Kawasan Bugaya, Datuk Haji Ramlee Marahaban; Pengarah Tanah Negeri Sabah, Datuk Haji Osman Jamal; Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Pemimin UPKR Dun Bugaya, Hasbullah Datuk Hj.Raudah; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Bahagian PBRS Semporna, Mohammad Seh Abdul Liri dan Ketua Bahagian PBS Semporna.

Nasir menegaskan dengan pemberian geran tanah itu menunjukkan kerajaan dan pemimpin BN sentiasa menunaikan janjinya kerana tradisi membela rakyat sentiasa diteruskan berlandaskan konsep 1Malaysia dan Janji Ditepati.

“Pemberian geran tanah  ini merupakan  bukti kerajaan yang diteraju Barisan Nasional (BN) benar-benar berusaha membantu menyelesaikan  masalah rakyat,” kata Nasir.





KENANGAN......Dato Sri Nasir (duduk tengah); Datuk Ramlee(dua kiri); Datuk Osman Jamal (dua kanan); A.M.Ibnu (kiri) dan Tahir Amir (kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian penerima geran tanah di majlis berkenaan.






LEGA......Osman Mohd Ghani antara sebahagian 140 orang penerima geran tanah menunjukkan geran tanah yang baru diterimanya.




TERIMA KASIH....Dato Sri Nasir (tiga kiri)  bersama  Datuk Osman Jamal (tiga kanan); Datuk Ramlee Marahaban (dua kiri) dan A.M.Ibnu A.K.Baba (kiri) berbual mesra dengan Ismail Gupurani (kanan) selepas menyampaikan geran tanah sempena majlis Penyampaian Geran Tanah bagi Kawasan DUN Senallang, Semporna.




KONGSI GEMBIRA......Haji Mokhtar Sahi (kiri) meneliti geran tanah yang baru diterima sambil diperhatikan isterinya yang turut mendapat geran tanah sempena majlis penyerahan geran tanah bagi kawasan DUN Senallang, Semporna.



Tegasnya lagi, kita berharap semua penerima geran ini menjaga, mengusaha dan memajukan tanah masing-masing sebaik mungkin supata dapat diwariskan kepada anak cucu selain memastikan tanah itu tidak jual untuk mendapatkan keuntungan segera.

Berhubung spekulasi yang diwar-warkan dalam blog dan facebook yang disebarkan golongan tidak bertanggungjawab, Dato Sri Nasir menegaskan serta menafikan bahawa beliau tiada kaitan langsung berhubung dakwaan dan fitnah tersebut.

Tambahnya, beliau yakin ada pihak tertentu menegambil kesempatan menggunakan blog  menyebarkan fitnah membuat tuduhan palsu kepada pemimpin yang kononnya beliau turut terlibat sama merampas tanah rakyat termasuk tanah di Seafest.

"Kita menafikan sekeras-kerasnya dengan tuduhan palsu itu kerana kita tidak ada langsungpun terlibat dengannya. Kita berharap kepada pihak-pihak berkenaan menggunakan nama samaran melalui blog ini supaya tampil ke hadapan untuk membuktikan tuduhan mereka,” kata Nasir.

Terdahulu Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal menyeru pemilik tanah di negeri Sabah menyelesaikan cukai tanah mereka sebelum hujung tahun ini bagi mengelakkan tindakan tegas pihak berkuasa termasuk melelong tanah mereka yang tidak membayar cukai.

No comments:

Post a Comment