Sunday 14 October 2012

JANJI KE PUTRAJAYA, 24 JAM TURUN HARGA MINYAK






TENOM-Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan perlunya kita menumbangkan Kerajaan yang sedia ada. Kerana selama ini, Kerajaan BN hanya mementingkan 'keinginan' sendiri daripada kemajuan rakyat. Banyak kepincangan yang dapat di lihat dri pentadbiran Kerajaan BN. Projek mega 'lembu' bernilai RM250 juta 'dihadiahkan' kepada keluarga Menteri Kabinet.

Boleh dikatakan semua projek-projek mega bernilai ratusan juta ringgit diberikan kepada keluarga atau kroni-kroni 'orang kuat' BN. Tetapi apa yang penduduk dapat? Sebelum pilihanraya, rakyat disajikan dengan BR1M, bila sudah habis pilihanraya, mereka tidak akan pandang rakyat yang mengundi mereka.

Kata Anwar Ibrahim, "Jika rakyat beri mandat kepada Pakatan Rakyat, dalam tempoh 24 jam saya akan turunkan harga petrol agar rakyat dapat hidup menikmati harga petrol yang murah,"Janji Anwar.

Terdahulu sebelum Dato Seri Anwar Ibrahim berucap,  Halik Zaman Ketua Cabang PKR Tenom memberi tahu hadirin semenjak 49 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia, namun keadaan hidup rakyat Sabah tidak berubah.

"Yang berubah harga petrol meningkat naik, gas naik, harga sara hidup rakyat terus naik, naik dan naik. Yang tidak naik harga ubi kayu, pucuk ubi kayu, kangkung, itu jualan dari hasil keringat rakyat Bumiputera," ujar Halik.



Kata Halik lagi, Anwar Ibrahim tidak akan dapat menurunkan harga sara hidup rakyat tanpa kerja kuat rakyat Sabah untuk mengalahkan semua calon BN. Kalau anda semua mahu berupa anda jangan undi BN atau agennya yang kini berlakon pura-pura anti BN.

Halik menekankan, jika rakyat Sabah mahu berubah rakyat mestilah bersatu padu. Bukan sahaja bersatu hati tetapi bersatu lambang yang diundi.

“BR1M yang diberikan kepada rakyat RM1,000- secara beransur ansur itu, cuma berbenruk pinjaman sahaja. Setiap rakyat kena bayar kembali menerusi semua pembelian CUKAI GST yang Kerajaan BN kenakan kepada semua rakyat yang kaya, yang miskin, yang papa kendana , penganggur dan anak kecil dan dewasa.

"Asalkan mereka ada keperluan membeli makanan, pakaian; maka ia sudah termasuk dalam CUKAI GST. Dengan mengenakan CUKAI GST Kerajaan BN lebih untung berganda ganda pulangannya daripada BR1M yang dibayar kepada rakyat,“ terang Halik Zaman yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada rakyat P.181 Parlimen Tenom.

No comments:

Post a Comment