Saturday 27 October 2012

JUDI HARAM BERCAMBAH DI PEDALAMAN





PREMIS.... Salah satu premis perjudian tersebut yang dapa dirakam dari jarak jauh.

Oleh : JOSEPH  LANDOU  KONG

KEGALAN pihak berkuasa memantau pusat perjudian haram seperti Slot Machine di kawasan pedalaman menyebabkan penyakit masyarakat ini semakin merebak sehingga menyebabkan masalah ekonomi yang kritikal.

Seorang penduduk Kampung Bayangang, Keningau, Ronald Gensui Tabuk yang enggan gambarnya  disiarkan memberitahu Sabahkini.Net bahawa pusat perjudian tanpa lesen tersebut sudahpun beroperasi lebih enam bulan lalu dan pernah dilaporkan kepada Majlis Daerah termasuk pihak polis, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil, malah semakin berleluasa.

“Kami amat bimbang di mana kerana gejala perjudian haram ini semakin berkembang kerana tiada kawalan langsung, seolah-olah memberi galakan kepada kegiatan tidak bermoral ini,” tegas Ronald.

Ronald berkata, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa pegawai Majlis Daerah berkenaan telah bersekongkol dengan para pemilik pusat perjudian yang dimaksudkan kerana mereka telah diberikan ganjaran yang setimpal sebagai wang  perlindungan.

Kata Ronald lagi, semenjak wujudnya  mesin slot di Keningau, Tambunan dan Sook,  90 peratus yang menjadi pelanggan tegar ialah para penuntut sekolah menengah kerana mereka bukan sahaja membuang masa yang tidak berfaedah itu; malahan telah menghabiskan wang kocek setiap hari untuk berjudi.

Kata Ronald lagi, buat masa ini terdapat tujuh premis mesin slot judi di Keningau telahpun dihidu oleh pihak polis dan Majlis Daerah Keningau, tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang diambi tindakan.

“Saya sebagai penduduk Keningau merayu kepada ADUN Keningau, ADUN Tambunan, Adun Sook dan Ahli Parlimen Pensiangan agar dapat memainkan peranan masing-masing mengarahkan pihak polis dan Majlis Daerah berkenaan untuk membuat serbuan mengejut ke premis perjudian haram terbabit untuk diambil tindakan undang-undang dengan segera,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment