Friday 19 October 2012

'KAKI BETINA' GANTI 'KAKI MABUK'?





Oleh : SABAHKINI. NET KREW

PARTI komponen di Beaufort mempertikai usaha pihak tertentu untuk melobi seorang peniaga bermasalah yang digelar 'Kaki Betina' untuk dijadikan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu pada pilihan raya umum ke-13 ini menggantikan 'Kaki Mabuk'.

Sumber-sumber di sini menyebut peniaga berkenaan, Peter Kong Shi Pin, (kiri) Pengarah Urusan Labuan Ferry Corporation dikatakan melalui orang tertentu berusaha mendekati kepimpinan tertinggi Upko bagi tujuan itu.

Peniaga itu pernah dikenakan tindakan buang daerah ke negeri di Semenanjung dan tahanan kediaman terhad pada masa lalu kerana kesalahan Akta Imigresen serta pembabitan beliau mendapatkan khidmat gadis-gadis asing untuk pub dan kelab-kelab malam di Pulau Labuan.

Peter, mantan Ketua Pemuda MCA WP Labuan meninggalkan parti itu beberapa tahun dan mencari angin baru di Menumbok dengan menyertai Upko Beaufort bagi 'melarikan diri' daripada masalah yang menghantuinya di WP Labuan.

Masa ini beliau dikatakan menggunakan beberapa orang dalam Upko bagi mencapai keinginannya untuk menjadi calon di kerusi DUN Kuala Penyu ekoran beberapa pemimpin veteran parti itu kemungkinan tidak lagi akan dipilih sebagai calon kerana tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Adalah dipercayai Peter juga menggunakan bermacam-macam cara termasuk menggunakan 'pelincir' untuk menutup mulut pemimpin tertentu untuk mencapai hasratnya.

Ekoran perkembangan itu, parti komponen utama seperti Umno Bahagian Beaufort mempersoalkan perbuatan itu yang mereka sifatkan sebagai merosakkan nama BN di kawasan Parlimen Beaufort yang sedia menghadapi kerumitan dengan tindakan Ahli Parlimen Beaufort untuk menyertai pembangkang dengan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Sumber parti itu menyatakan usaha yang diambil untuk melobi individu bermasalah dilihat sebagai menambah beban BN di bahagian berkenaan.

"Perbuatan menonjolkan orang luar yang bermasalah seperti membayangkan masa depan gelap bagi BN di Kuala Penyu dan Parlimen Beaufort selain ini ditunggu-tunggu oleh pihak pembangkang."

"Usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab jelas mempermain-mainkan pengundi di Kuala Penyu dan Parlimen Beaufort. Mereka akan menanggung akibatnya sebab pengundi Umno tidak akan menyokong calon yang bermasalah apa lagi mereka sudah lama sakit hati. Ini satu lagi mala petaka bagi BN," tegas sumber itu.

Di pihak lain, penyokong dan ahli Upko juga difahamkan akan memberi sokongan kepada PPS pimpinan Datuk Lajim sekiranya BN dan Upko bersikap mempermain-mainkan rakyat di Kuala Penyu.

Beberapa pemimpinnya besar kemungkinan akan meninggalkan parti itu untuk memberi sokongan kepada perjuangan Datuk Lajim untuk menyumbangkan kerajaan.

No comments:

Post a Comment