Monday 15 October 2012

KEMELUT PRASARANA PENDIDIKAN LUAR BANDAR





Saudara Pengarang,

SAYA telah melakukan lawatan ke rumah murid selepas masa mengajar saya tamat jam 10.40 pagi tadi. Rumah murid yang dilawat ialah adik beradik iaitu Harexson Raymond dan Mexlison Raymond.

Hari ini mereka tidak hadir ke sekolah lagi kerana masalah pengangkutan. Sudah sebulan lebih murid ini tidak dapat hadir ke sekolah. Menurut keluarga mereka, pemandu lori sewa (bas sekolah) telah menamatkan perkhidmatan kerana masalah peribadi pemandu berkenaan.

Menurut ibu saudara murid ini, mereka menghadapi kesukaran menghantar sendiri kerana belum mempunyai lesen memandu dan cukai jalan/insuran tamat tempoh disebabkan masalah kewangan.

Bagaimanapun, 'rezeki' sudah datang minggu ini dan dijangka murid ini akan datang ke sekolah secara konsisten bermula Jumaat ini. Saya mengambil maklum juga keluhan keluarga murid ini tentang terabainya kebajikan murid ini dari segi masalah pengangkutan.

Hampir kerap murid-murid ini terpaksa menunggu sehingga jam 5 petang untuk diambil lori sewa tadi dan pernah terjadi murid-murid ini berjalan kaki sejauh lebih kurang 8 kilometer untuk pulang ke rumah.

Mungkin sudah tiba masanya asrama desa disegerakan? atau menginovasikan sistem pengangkutan sedia ada supaya lebih efisien dengan mewujudkan bas percuma khas untuk murid istimewa melalui peranan semua pihak.

Salam Hormat,

MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA

No comments:

Post a Comment