Tuesday 9 October 2012

KERAJAAN BANTU SEJAK DALAM KANDUNGAN





BERUCAP.....Azizah ketika berucap pada program Jelajah Sayang di Kg Banitan Kerukan, Kuala Penyu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH


KUALA PENYU: Kerajaan membantu penduduk di negara ini sejak dari dalam kandungan hingga bergelar warga emas, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata kemudahan dan bantuan perubatan yang disediakan oleh kerajaan untuk ibu mengandung membuktikan bantuan kerajaan kepada rakyat di negara ini bermula sebelum lahir.

“Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berhenti perjuangkan nasib rakyat. Pemimpin kerajaan terus menerus berusaha membawa pembangunan kepada penduduk dan rakyat tidak menderita selagi BN mentadbir negara ini,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata kerajaan mampu melaksanakan program pembangunan dan bantuan kerana mempunyai pucuk pemimpin yang baik dan bijak.

“Kita amat bertuah kerana mempunyai kerajaan dan pemimpin yang haik dan bijakasana sehingga negara kita lebih baik daripada negara-negara lain,” katanya.

Belioau berkata demikian pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di rumah kediaman Ketua Daerah Mengundi (KDM) Zon Kerukan, Ismail Musrih di Kg Banitan di sini.

Pada program itu, Azizah yang mengetuai Wanita Umno Beaufort membuka ruang untuk sesi dialog dengan penduduk mengenai permasalahan rakyat dan beberapa perkara berkaitan,

Sementara itu ahli Skuad Sayang Wanita Umno Beaufort mengagehkan sumbangan berupa keperluan makanan kepada penduduk yang hadir.

No comments:

Post a Comment