Monday 22 October 2012

KERAJAAN SALAH GUNA TELCO





AHLI Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendakwa tindakan syarikat telekomunikasi menghantar lima juta pesanan 'spam' sambutan hari merdeka melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan satu bentuk salah guna kuasa oleh kerajaan.

"Maklumat peribadi diberikan atas keyakinan kepada syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatannya, dan tidak harus diguna untuk tujuan lain tanpa persetujuan pemiliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Teo merujuk kepada jawapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di parlimen bahawa kerajaan menghantar 5,782,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung sambutan hari Merdeka melalui perkhidmatan Celcom, Maxis, DiGi and U-mobile.

Parlimen juga dimaklumkan bahawa ia melibatkan kos sebanyak RM332,599 tetapi ditanggung sepenuhnya oleh syarikat terbabit.

"Walaupun penghantaran SMS itu tidak menggunakan wang pembayar cukai, masih boleh dipersoalkan sama ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dikuatkuasakan pada Jun tahun ini," kata Teo.

No comments:

Post a Comment