Tuesday 9 October 2012

KERAJAAN WAJAR KAWAL PASARAYA




                       
Saudara Pengarang,

KITA dapat lihat Pasaraya Besar dari Semenanjung Malaysia seperti Giant tumbuh bagaikan cendawan di musim tengkujuh kerana lokasinya amat berdekatan, tidak sampai dua kilometer antara satu sama lain; sehingga tidak ada ruang untuk rakyat Sabah berniaga runcit.
Setakat kajian saya, terdapat 16 Cawangan Giant dan 5 Hipermarket yang telah meletakkan pasir dalam periuk pekedai runcit sehingga membunuh peluang mereka untuk meneruskan kehidupan setelah rezeki mereka dibolot oleh Giant dan Hipermarket.

Namun agak mendukacitakan kerana Giant dan Hipermarket di Sabah tetapi mendiskriminasi rakyat Sabah yang diambil bekerja terutama jawatan, peluang kenaikan pangkat dan kadar gaji.

Kadar gaji yang ditawarkan Giant ialah Supervisor Biasa RM1,800 di Semenanjung tetapi di  Sabah hanya RM1,000. Bagi jawatan Cashier Biasa RM750 di Semenanjung, tetapi di Sabah hanya RM500. Bagi Pembantu Supermarket pula dibayar RM780 di Semenanjung, manakala di Sabah hanya RM450 iaitu hampir kesemuanya di bawah Paras Gaji minima.

Mungkinkah kerana faktor gaji murah maka Giant dan Hipermarket berlumba-lumba membuka cawangan di Sabah, apatah lagi mendapat galakan daripada Kerajaan Tempatan yang memberikan mereka lesen seberapa yang mereka mahu, tanpa sekatan atau halangan.

Sebagai kerajaan yang kononnya membela kepentingan rakyat sendiri, kerajaan Sabah harus memikirkan kepentingan rakyat tempatan dengan mengawal selia Skim Perjawatan atau tidak terus menjadikan Sabah sebagai Gedung Rakyat Termiskin.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment