Friday 12 October 2012

KES HONG KONG TIADA KAITAN DENGAN MUSA





Oleh : MD IZWAN

KUAL LUMPUR : Nazri Aziz dalam jawapan balas kepada ahli parlimen PKR, Chua Tian Chang berkata tiada elemen perbuatan rasuah dapat dibuktikan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah ke atas Datuk Seri Musa Aman serta berkata wang berjumlah jutaan ringgit yang disalurkan adalah bertujuan untuk kegunaan Umno Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut juga berkata pihak Peguam Negara (AG) telah meneliti perkara tersebut dan menutup kes itu selepas mendapati tiada unsur rasuah dibuktikan seperti yang didedahkan oleh laman pemberi maklumat Sarawak Report awal tahun ini.

“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada badan perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri,” jawab Nazri.

Nazri juga berkata Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) turut menyiasat kes tersebut tetapi tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland, ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama.

“Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama dinyatakan di atas,” kata Nazri lagi.

Pada April lalu, Sarawak Report telah mendedahkan dokumen daripada ICAC yang didakwa menunjukkan seorang peguam di Sabah mempunyai sejumlah US$30 juta (RM92 juta) dalam akaun di bank Switzerland yang dimiliki oleh Musa.

Michael Chia yang dituduh sebagai mempunyai kaitan dengan kes Musa ini merupakan pelabur balak yang banyak menjalan menjalankan urusan dengan syarikat British Virgin Island yang secara langsung melibatkan peguam tersebut.

Musa menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah S$16 juta (RM40 juta).

Menurut laporan media, Chia memberitahu kerajaan Hong Kong bahawa wang tersebut adalah milik Musa.

“Saya nafikan semua tuduhan ini,” kata Musa.

Musa sebaliknya mendakwa Sarawak Report cuba menjatuhkannya dan mengatakan ia sebahagian daripada konspirasi pembangkang untuk menawan negeri tersebut.

Pada Jun lalu, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan balas kepada Chua memberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah melengkapkan siasatan dan telah dihantar kepada AG untuk membuat pertimbangan.

45 comments:

  1. Enough said. Take it or leave it. Musa is not guilty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebaskan Musa dari tuduhan yang bukan-bukan. terbukti beliau tidak terlibat.

      Delete
  2. Sarawak Report cannot be trusted. They used fake document before to mislead the readers.

    ReplyDelete
  3. Hope the AG can make wise decision regarding this issue.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. From where the money come? Rasuah?

      Delete
    2. Do you know that UMNO member is not just come from Malaysia?

      Delete
  5. Musa doesn't have to make so much 'noise' in order to cover himself because he knows he is not guilty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa is professional. tidak perlu bising2 untuk kesalahan yang dia tidak buat.

      Delete
  6. dah jelas, Musa mmg tak terlibat dalam kes ini.

    ReplyDelete
  7. Chia sengaja guna nama Musa untuk lepaskan diri. hakikatnya Musa tak terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chia boleh disabit kesalahan sebab buat fitnah.

      Delete
  8. Yes.. i agree to u Scarlett...

    ReplyDelete
  9. since first Musa didnt involve in this case. But, the oppositions intended to fall him down

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 Musa ambil alih jawatan KM pun sudah banyak isu yang menimpa beliau. memang begitulah lumrah dan cabaran kalau jadi seorang pemimpin.

      Delete
  10. The oppositions keep on eye on BN to find their weakness and make it issues to media.

    ReplyDelete
  11. By the way, sabahans will keep on support u Datuk Musa. dont worry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabahan will keep support a leader that can bring rapid development to state.

      Delete
    2. According to Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin , Musa has a good track record and it is already proven. Under the leadership of the dynamic and progressive Chief Minister, I have full confidence that Sabah will continue to be progressive and achieve the objectives

      Delete
  12. Badan siasatan rasuah di negara luar pun telah menutup kes tersebut. terbukti Datuk Musa Aman memang tidak bersalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. berita ini akan mengembalikan imej Musa.

      Delete
    2. Kes ditutup, tiada apa boleh dirunding lagi.

      Delete
    3. Memang sudah dijangkakan Musa Aman memang tidak terlibat.Apa lagi yang mau dikata,pembangkang tutup malu saja la..

      Delete
  13. Michael Chia tu sengaja menggunakan nama Datuk Musa Aman untuk melepaskan diri.

    ReplyDelete
  14. Keputusan siasatan telah dijelaskan, haru sjuga menghormati keputusan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keputusan hasil siasatan harus dihormati.

      Delete
  15. Ada agenda yang tidak diketahui yang ingin jatuhkan Musa. Kebenaran ditegakkan dimana Musa tidak terlibat.

    ReplyDelete
  16. Percaya kepada bukti dan bukannya rekaan cerita. Jika benar Musa terlibat, bukti ada dapat juga di masa akan datang.

    ReplyDelete
  17. Bukti yang didapati mungkin kurang kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM harus juga membuat siasatan secara terperinci atau menubuhkan pasukan atas kes ini. Ini kes serius yang melibatkan kewangan yang besar.

      Delete
  18. Sarawak Report telah mendedahkan dokumen daripada ICAC yang didakwa menunjukkan seorang peguam di Sabah mempunyai sejumlah US$30 juta (RM92 juta) dalam akaun di bank Switzerland yang dimiliki oleh Musa.

    Adakah bukti yang ditedahkan sah? Jika benar, apakah tujuan duit ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak hairanlah walaupun memang benar Musa ada wang sebanyak tu. sebelum jadi KM Musa memang sudah giat berkecimpung dalam perniagaan.

      Delete
  19. dakwaan ini selama ini dibuat pihak tertentu bertujuan nak jatuhkan imej Musa Aman.

    ReplyDelete
  20. pasti ia dilakukan pihak yang cemburu dgn kejayaan Musa Aman.

    ReplyDelete
  21. walaupun ada pihak cuba menjatuhkannya, namun Musa tetap utuh dan tidak tergugat kerana pihak benar akan sentiasa menang.

    ReplyDelete
  22. Musa harus terus memimpin ngeri Sabah, kepimpinan beliau amat baik sekali. jgn peduli hal2 ini. tumpukan pada pembangunan Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini kepimpinan Musa diakui adalah berkesan.

      Delete
    2. musa aman terbukti adalah ketua menteri yang ideal untuk sabah...sabah sangat bertuah memiliki pemimpin seperti musa aman

      Delete
  23. isu ini sudah selesai dan Musa adalah tidak bersalah.

    ReplyDelete
  24. tuduhan sarawak report sebelum ini ternyata tidak berasas dan hanya bermotifkan politik...kini sudah terbukti bahawa musa aman tidak bersalah..

    ReplyDelete
  25. kes hong kong sememangnya tidak ada kaitan dengan Musa Aman.. badan pencegahan rasuah paling telus di asia tenggara ICAC juga sependapat dengan SPRM..

    jika benar Musa Aman bersalah, sejak dulu lagi beliau disiasat oleh pegawai2 ICAC.. jangan kata pegawai2 ICAC dihalang oleh seseorang yang berkuasa di malaysia kerana ICAC tidak akan berkompromi dengan mana2 pihak sekalipun individu itu merupakan pemimpin tertinggi sesebuah negara..

    ReplyDelete
  26. Musa Aman yang banyak membawa pembangunan di negeri ini sepatutnya menerima pujian, penghargaan dan sokongan.. bukannya fitnah, pembohongan dan serangan politik sempit..

    ReplyDelete
  27. macam mana la sabah mahu maju jika pemimpin yang terbukti berjaya membangunkan negeri ini terus ditindas, ditekan dan difitnah dengan pelbagai pembohongan?? kadang2 kejatuhan sesebuah negara bukan disebabkan oleh parti yang memerintah, sebaliknya disebabkan oleh parti2 politik yang mengidam jawatan kabinet..

    ReplyDelete
  28. nampak sangat pembangkang semakin meroyan apabila badan pencegah rasuah Malaysia, Hong Kong dan pendakwa raya Switzerland gagal mengambil tindakan terhadap Datuk Musa Aman kerana ketiadaan bukti.. agaknya pembangkang tertekan kerana keputusan ini membuktikan bahawa selama ini memang benar mereka membohongi rakyat.. itulah rutin harian mereka.. kehulu kehilir membohongi rakyat..

    ReplyDelete