Monday 1 October 2012

KONFRANTASI RAPID PENGERANG BERMULA




PROTES....Penduduk Pengerang membawa potret mendiang keluarga mereka sebagai tanda bantahan terhadap projek RAPID di Pengerang, 30 September 2012.

Oleh : CLARA CHOOI DAN MOHD FARHAN DARWIS

PENGERANG : Kampung Sungai Rengit yang sunyi sepi sebelum ini bergegar apabila peserta demonstrasi melaungkan slogan dan tiupan 'hon angin' mereka dengan berpakaian hijau untuk menentang projek petrokimia bernilai RM60 bilion itu yang bakal menyaksikan ribuan orang kampung kehilangan tempat tinggal dan kehidupan.

Perhimpunan raksasa Himpunan Hijau Pengerang bermula awal sedikit daripada jadual dengan aman kerana terdapat kebimbangan akan sekatan polis untuk menghalang ke tempat perhimpunan.

Dari 25 lokasi berlainan di seluruh negara, termasuk dari Malaysia Timur Sabah, peserta perhimpunan sudah berada di lokasi seawal jam 9.00 pagi dengan memakai baju hijau sambil mengangkat sepanduk protes.

Himpunan hari ini turut dipenuhi dengan gerai menjual T-shirt, payung, topeng muka dan makanan ringan, dilihat terkawal dengan kehadiran pihak polis yang turut memantau dari udara menggunakan helikopter.

Turut kelihatan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, termasuk jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Hishammuddin Rais, yang merupakan juruacara demonstrasi hari ini.

Hishammuddin turut dilihat menceriakan peserta protes dengan mengajar mereka menyanyikan lagu 'Suara Rakyat' termasuk lagu 'Oh my darling Clementine'.

Baner dan plakad mengecam projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang menyaksikan pemindahan lebih 3,000 penduduk Pengerang dari tujuh kampung kecuali Kampung Sungai Rengit, petempatan majoriti masyarakat Cina di sini yang buat masa ini terkecuali daripada rancangan pembangunan tersebut.

Menurut penganjur, kawasan itu tidak diambil kerana nilai komersial tanah di Kampung Sungai Rengit yang tinggi.

Namun begitu, ketua pengerang PKR Taufik Jahir mendakwa objektif mereka adalah untuk 'mengusir penduduk kampung dari rumah mereka' kerana Kampung Sungai Rengit akan menjadi pulau yang dikelilingi Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

RAPID akan meliputi  6,424 ekar PIPC yang keseluruhan nya seluas 22,500 ekar, yang menjadi rumah kepada 28,000 pengundi di Pengerang.

PIPC adalah projek mega bernilai RM170 billion yang bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab petrokimia terbesar di Asia Pasifik.

“Sebaik sahaja kawasan ini menjadi pulau, nilai hartanah di Kampung Sungai Rengit akan jatuh dan penduduk akan terpaksa berpindah,” kata Taufik kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, ketika berucap di hadapan peserta demonstrasi hari ini menegaskan perhimpunan itu adalah sejarah buat penduduk pengerang yang bernai bangun menyuarakan ketidak puasan hati mereka.

“Saya berdiri di sini dengan rasa bangga kerana saya menjadi sebagai senahagian daripada sejarah, sejarah yang mana rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim,” katanya disambut sorakan gemuruh peserta protes.

“Lihat sekeliling kita, kita tidak bersendirian di sini, kita ada rakan-rakan kita. Kita jangan takut untuk mempertahankan tanah kita.”

Anis juga berkata, sejak projek yang bermula Mei lalu berjalan, NGO telah membangkang dan berharap sokongan diberikan penduduk bagi memastikan isu itu sentiasa menjadi perhatian.

“8 Oktober ini, kita akan pergi ke Pejabat Menteri Besar untuk menyuarakan harapan rakyat,” katanya lagi.

“Hari ini, saya fikir cukup untuk menyampaiakn mesej kepada kerajaan bahawa penduduk Pengerang ingin menikmati rakmat yang diberikan Tuhan.”

Perhimpunan hari ini berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini dan tamat sekitar jam 12 tengahari. (TMI)

No comments:

Post a Comment