Thursday 25 October 2012

KUALA PENYU BAKAL DITAWAN JOHN GHANI?





Oleh: KREW SABAHKINI.NET

BEBERAPA pencacai dikerah beberapa individu untuk mendapatkan tanda tangan penduduk dengan menyenaraikan beberapa nama dari parti Upko untuk dilobi menjadi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu.

Antara nama yang dijaja itu ketika ini, John Teo Mau Sing, Linda Antoni, Munih Epin dan seorang peniaga.

Pencacai yang ditugaskan oleh beberapa individu dalam Upko Beaufort itu keluar masuk kampung di Kuala Penyu untuk mengumpul tanda tangan penduduk bagi tujuan dihantar kepada parti untuk pertimbangan sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13.

Penyokong BN dari Umno dan PBS meragui perbuatan itu sambil menyifatkan perbuatan terdesak sebagai tiada kepercayaan terhadap pucuk pimpinan untuk memilih calon.

"Ini perbuatan kebudak-budakan yang tidak perlu dilakukan dan patut segera dihentikan. Upko bahagian patut tidak merelakan perbuatan ini berlaku," kata seorang penyokong BN dari Umno.

Katanya, tidak perlu mengutip tanda tangan dan yang lebih buruk nama individu yang dijaja mampu menghadapi calon pembangkang Datuk John Ghani yang bersiap sedia menanti mereka.

"Orang itu semua ada masalah masing-masing, pengundi tahu masalah mereka. Mampukah mereka berhadapan dengan Datuk John yang disokong kuat oleh Datuk Lajim Ukin yang dianggap 'Raja Bisaya'," ujar penyokong itu.

Ketua Menteri, Datuk Musa Aman sepatutnya begitu bimbang dengan kedudukan kerusi Kuala Penyu kerana rakyat terlalu muak dengan wakil rakyat sekarang, 'Kaki Botol' yang menyebabkan imej BN telah tercemar.

Kerana kerisauan meluap-luap, Ketua Menteri dikhabarkan telah beberapa kali menjemput Datuk John menemuinya bagi memujuk untuk kembali kepada BN sungguhpun tiada rundingan yang jelas.

Penganalisis politik melihat ia sebagai 'game' untuk memikat Datuk John, tetapi sikap mantan Senator dan Wakil Rakyat Kuala Penyu tidak memihak kepada pemimpin nombor satu negeri yang turut menjadi musuh ketat 'Janang Gayuh' itu.

Bermacam-macam usaha terus dilakukan. Dikhabarkan ada juga usaha kononnya untuk membawa beliau menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun tiada kepastian yang menyakinkan. Ada kalangan yang rapat dengan Datuk John sekadar menganggapnya sebagai taktik memperbodohkan pemimpin.

Katanya, mereka silap kerana bukan semua pemimpin mudah diperbodohkan.

Tambah beliau, rakyat sekarang juga sudah matang dan bijak melihat calon yang diletakkan BN bagi kerusi panas seperti Kuala Penyu dan tidak mustahil peristiwa 2004 akan berulang lagi.

"Kalau Timbalan Ketua Menteri boleh tumbang dalam pilihan raya umum 2004, kebencian rakyat terhadap calon akan mengakibatkan BN kehilangan kerusi sekali lagi di kawasan ini," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment